Sekarang saya mengandung lagi. Yang first tu kembar jadi saya bawa balik utara sebab alahan teruk juga kali nih saya dah slow talk dengan suami yang saya nak dia tarik duit sewa rumah dan kereta yang dia bayar bulan2 tu.

Assalamualaikum mohon hide fb nih. Fb sedara sy. Saya nih dah 6bulan tak balik rumah in law. Bukan jauh pon dekat prai je. Rumah mak saya di jawi. Setiap kali balik utara saya memang takkan pergi rumah mentua. Kalau balik dengan husband pon, dia akan drop saya dekat rumah mak ayah saya. Lepas rehat dan makan dia akan balik rumah keluarga dia. Mesti ramai kutuk kami. Saya STOP balik rumah mentua sebab dah penat dengan perangai mentua. Dari awal kawen mentua layan saya macam MaDu dia. Ye mentua saya nih muda. Saya dan suami sebaya and mentua saya tua 17tahun je. Jadi agak2 lah umur dia.

Mentua saya nih obses dengan suami saya. Anak sulung dalam keluarga. Bagi mentua suami saya patut utamakan dia lebih dari saya dan anak2. Awal kawen dulu saya makan hati sangat. Mentua setiap minggu merajuk kalau kami tak balik. Setiap hari suami wajib call.kalau suami terlupa maka sayalah yang kena maki. Katanya saya nak jauhkan mereka berdua. Lepas saya bersalin anak sulung. Keadaan tak makin ok pon. Mentua saya happy depan semua orang. Tapi depan saya lain. Mentua asik kata saya macam2. Tapi alhamdulillah suami banyak berubah. Suami mula utamakan saya dan anak2. Kami kurang balik utara sejak dah ada anak sebab kos dari nilai ke utara tu agak tinggi. Dulu berdua naik bus pon ok. Bila dah ada anak susah untuk naik bus.

Sejak kurang balik mentua makin banyak ragam. Ada saja tak kena. Saya block mentua di fb sebab mentua suka stalk dan cari pasal Tapi bila saya block masih berjaya juga dia stalk. Baru2 ni saya share berkenaan aturan nafkah. Tak tag suami pon. Saja saya share. Memang nak tuju jugak dekat suami. Walaupun suami utamakan saya dan anak2 tapi masih mentua saya menerima elaun tinggi dari saya. Elaun mentua 600 sebulan dan itu tak termasuk duit sewa rumah dan kereta yang suami bayar untuk keluargA mentua. Ayah mentua cuma bayar bill api dan air. Astro unifi pon suami bayarkan. Ayah mentua saya business sendiri. Nak kata susah tak la jugak sebab mentua tiap minggu shopping barang go shop! Every week makan udang besar ketam semua. Jadi mentua saya bukan orang susah sangat pon.

Adik suami ada 2. Sorang kerja hebat juga dan 1 lagi belajar. Dua2 tinggal dengan mentua. Tapi saya tak pasti la adik ipar saya ada hulur duit ke tidak sebab saya tak tahu. Ok berbalik pada post yang saya share tu. Mentua baca dan mula la dia naik hantu. Dia call suami menagis2 kononnya saya nak tunjuk pada suami bahawa dia tidak penting. Bahawa dia ini harus di tolak tepi dan lain2. Suami tanya saya tujuan saya post itu. Saya pon explain la. Saya tunjuk pada suami berapa nafkah saya dapat berbanding elaun mak dia. Berapa dah saving kami? Kosong! Berapa dah saving anak kami? Sama saja dari duit sedekah masa anak lahir tak pernah tambah. Nasib insurance anak memang saya paksa suami ambik awal2. Saya explain dengan suami. Sepatutnya gaji dia yang banyak tu mampu untuk senangkan saya dan anak2. Tapi sebab saya tak redha maka makin sempit duit suami. Bulan2 kereta ada masalah. Bulan2 mentua akan minta duit tambah. Saya bercakap dengan suami untuk belajar menolak permintaan mentua. Kalau tiap bulan minta duit tambah 100 200 tak apa. Ini dekat 400 500.alasan modal business.

Lepas dah slow talk suami macam berfikir. Dan ya suami berpihak pada saya. Mentua menyumpah saya dan keturunan saya.. Ya anak2 saya. Jadi saya kecik hati sangat. Sebelum nih mentua mki hamun saya hina mak ayah saya masih saya bersabar. Ya saya diam. Ibu ayah saya pesan dia mki sebab dia tak cerdik. Kita bepelajaran jadi diam je. Tapi bila dia mki anak2 saya memang la saya tak boley terima. Saya jadi benci sungguh pada mentua. Sekarang saya mengandung lagi. Yang first tu kembar jadi saya bawa balik utara sebab alahan teruk juga kali nih saya dah slow talk dengan suami yang saya nak dia tarik duit sewa rumah dan kereta yang dia bayar bulan2 tu.

Nampak kejam tapi tu saja cara untuk kami betolkan balik kewangan kami. Sewa rumah dan kereta bukan tanggung jawab suami untuk bayar. Itu tanggungjawab ayah mentua. Lagipun adik ipar saya tu gaji bukan sedikit. Dekat 3k. Tak de komitmen. Motor pon suami yang belikan. Jadi saya rasa dah sampai masa saya jadi tegas. Suami saya sejak2 pergi kaunseling dengan pejabat agama kes nafkah nih banyak la juga minda dia terbukak. Apa saya cakap saya buat dia faham. Ya sekarang saya akan tegakkan hak saya dan anak2. Buat ibu mentua ku,kali nih saya takkan diam. Ibu nak bergaya di hari raya pon saya tak izinkan. Cukup lah tahun sudah ibu abiskan beribu beli perabut raya. Lepastu marah duit raya ibu sama nilai macam tahun sebelum. Jenuh la tiap tahun duit raya kena up 100! Ini KALILAH saya akan lawan habis habisan. Saya dah tak takot lagi wahai ibu mentua.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top