Dan saya beranggapan, betul la dia abaikan saya sebab tak suka rumah tak kemas jadi saya tak ambil order lagi dan pastikan rumah sentiasa kemas

Assalammualaikum admin,
mohon hide kan profile dan nama sebenar. Saya dah berkahwin 13 tahun lamanya dan dikurniakan 2 orang anak. Selama ni saya tidak pernah berpisah berjauhan dengan suami memandangkan suami kerja sendiri. Awal tahun ni suami dapat tawaran kerja di KL dan perubahan ketara telah berlaku. Saya call susah nak angkat, text susah nak balas. Kdg2 ambil masa sampai 6 jam untuk dia buka dan baca text. Sebagai seorang isteri semestinya akan rasa syak wasangka atas perubahan ketara suaminya.

Dia ade berkawan dengan seorang perempuan yang sama² buat kerja untuknya. Saya mulai syak mereka ada hubungan setelah melihat setiap post suami saya di fb mesti perempuan tu ade komen dan berbalas² komen dengan suami saya. Dengan komen² gediknya dan dia seorang perempuan je la yang menggedik dalam setiap post suami saya. Bila saya tegur suami, dia kata saya menuduh dan berfantasi.

4 bulan ianya berlarutan sehingga kini. Suami tidak pedulikan saya. Memberi alasan pada rakan² terdekat dan ahli keluarga saya, saya diperlakukan begitu kerana sepahkan rumah dan membuat tuduhan tak berasas. Saya meniaga makan. Adatlah masa siapkan tempahan, dapur bersepah. Tapi setelah habis penat, saya akan clearkan dapur dan rumah sekemas²nya dan secantik²nya. Apa saja saya buat jadi tak kena dan salah. Salah letak barang kena marah. Cakap sikit jadi kemarahan, tinggikan suara. Serba-serbi tak kena.

Dan saya beranggapan, betul la dia abaikan saya sebab tak suka rumah tak kemas jadi saya tak ambil order lagi dan pastikan rumah sentiasa kemas. Apa saja kehendak dia saya turut tapi tetap salah. Bersama tak nak, pandang muka tak nak, bercakap pun tak nak. Dulu balik seminggu sekali, sekarang 2-3 minggu sekali. Pakaian dia.dalam almari mulai susut bila sikit demi sedikit dia angkut ke kl. Byk perubahan ketara telah berlaku. Dia tukar passcode hp. Sorok Hp. Letak passwrd untuk text apps. Onkan facetime (selama ni sentiasa off tak pernah on). Gambar2 kami sekeluarga semua di delete dlm hpnya. Dalam fb pun sama.

Kelebihan seorang isteri bila Allah ciptakan deria keenam agar hatinya digerakkan apabila suami berlaku curang atau membuat perkara yang tak elok dibelakang isteri. Setiap tuduhan saya selama ini adalah betul. Memang betul la perempuan yang saya tuduh² selama ni la yang menjadi pendampingnya di sana.
Suami kata dia tiada apa² dengan perempuan tu tapi dalam masa yg sama suami bercerita pada saya yang perempuan tu selalu call berjam², 1-2 pagi sebab cerita tentang masalah peribadi dia. Sehingga sedalam² masalah peribadi dia, dia ceritakan pada suami saya dan ade juga beberapa masalah dia, suami yang tolong selesaikan.

Dia baru je kenal suami saya tahun ni. Kenapa mesti pilih suami saya untuk berkongsi kisah mohon simpati dia tu? Kenapa tidak orang lain? Kenapa dia tidak terfikir yang perbuatan dia call berhari², berjam² tak kira waktu dengan suami orang tanpa rasa bersalah? Dia orang terkenal Ramai kawan, ramai follower tp kenapa dia pilih suami saya? Dan suami saya, kenapa begitu bdoh tewas ditangan perempuan macam tu?

Perempuan di luar sana, tolonglah jangan terdesak sangat nak menyondol suami orang. Tau tak betapa berdosanya memporak-perandakan rumahtangga orang yang sebelum ni sangat bahagia. Maruah jangan diletakkan ditapak kaki. Jangan terlalu murah untuk memenuhi kehendak nafsu.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version