Masalahnya bila kau tahu suami kau akhirnya kawen juga dengan aku kau meroy4n Lepastu tiba2 pandai pulak kau buat2 nak berbaik dengan aku

Salam min. ni acc fake kawan aku. mnta izin pinjam kejap. kisah aku ni tak ade la menarik sangat. Kisah aku macam ni. aku ni berkahwin dengan suami orang dan terang2 la bermadu kan.

bila sebut je nikah suami orang tentu bersusun la makcik pakcik bawang dalam ni typing ayat2 berbaur kecaman. kutukan dan m4kian. biasa la tu kan bukan senang kita ni sebagai manusia yang lemah nak dapat pahala free2 lagi2 bulan puasa ni.

Mulanya aku ni bukan suka sangat suami orang ni tak terdetik nak ambik hak orang tapi memandangkn bakal madu aku masa tu rancak sangat menghina aku dan menjatuhkan maruah aku. aku jadi geram dan tercabar pulak..

kononnya laki dia sebelom ni baik. jadi aku la pnyebab laki dia jadi takbaik. ohh. kalau baik dia tak main la kayu tiga akak oii. dia betul2 cabar aku kalau betul2 suami dia nak kat aku lama dah dia kawen dengan aku.

konon nya berbelas tahun dia hidup dengan suami dia maknanya dia tahu dan kenal citarasa suami dia. setakat perempuan macam aku suami dia tak pandang la. ape lagi nak buat bini. alahai. lelaki cik kak oiii. bila dah ade hasrat nak berbini lagi dengan nama tuhan pun dia sangup bersumpah tipu bini.

Al kisah seterusnya. aku di ser4ng non stop. kau tuduh aku main b0m0 untuk dapatkn laki kau. nak gelak juga aku masa tu. siap warning aku macam2. tapi aku ckap balik, aku cakap elok2 guna bahasa yang mak aku ajar tak macam kau guna bahasa kurang ajar.

aku cakap lani kau juga la laki kau baik2 jangan bagi dia datang kacau aku jumpa aku sampai aku nak kerje pun susah. sangup konon tipu kau dia pergi kursus. yela kursus kawen kali ke dua. haha. aku buat b0d0 je masa tu. nak je aku bagi tau kat kau dia ade dengan aku masa tu tapi kesian lak takut per4ng dunia meletus.

Aku sendiri pun taktau suami kau dtg jumpa aku sebab dia datang senyap2 kat tempt kje aku. konon surprise la. tu la sape suruh hina aku. kalau kau boleh cakap elok2 dengan aku. boleh je masa tu aku undur diri cara baik. and kau pun tak dapat madu macam aku ni.

Aku ni nak kata sayang tu tak juga kat laki kau tu. cinta macam tak ada langsung. tapi yang aku nampak laki kau tu memang angau gila kat aku sampai terlanjur dgn aku pastu tahap berani ajak aku nikah bilah si4m. tu pun kau dok cakap laki kau nak maen2 je dengan aku.

yela kan kau mana tahu semua tu sebab laki kau tak kan nak bagi tau kau dia nak nikah dengan aku. Salah nya aku juga la sebab terpaksa goda laki kau. sebabbnya aku betul2 rasa tercabar dan terhina bila teringat kata2 kau kat aku. aku tak sangka plak laki kau angau smpai tahap ni.

Aku lakukan semua atas dasar dend4m sebab kau menghina aku. last2 aku kawen juga kat si4m atas pujuk rayu suami kau. Tapi aku sendiri sebenarnya belum sedia untuk kawen masa tu. dalam hati aku ni cuma satu. aku kawen atas dasar dend4m sebab kau hina aku sehina hinanya.

Masalahnya bila kau tahu suami kau akhirnya kawen juga dengan aku kau meroy4n Lepastu tiba2 pandai pulak kau buat2 nak berbaik dengan aku siap cakap laki kau tu sebabenarnya ade ilmu guna2 la.

Hembus2 la konon aku ni dah terkena ilmu guna2 la ilmu itu la ini la. boleh pulak kau cerita macam2 mengenai keburukan laki kau kat aku. tapi aku tahu apa motif sebenar kau berbuat baik dengan aku. Aku cakap ala aku cuma kawen suka2 je dengan laki kau.

nanti suka2 kami pisah la. sebab kau sendiri pn cakap aritu laki kau pn suka2 je pun kat aku bukan serius nak ambik buat bini. sekarang best tak bermadu? aku harap kau baca ye karangan rumah tngga kita berdua yang manis lagi sweet ni. ini baru permulaan cerita kita. banyak lagi cerita pahit manis kita akan lalui nanti.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version