Bermulanya episod baru bila Saya mula berjinak dengan fb dan berkenalan dengan seorang lelaki W

Salam warga KRT. Ini kisah saya. Moga semua pembaca dapat iktibar dari cerita saya ni. Saya adalah mangsa pender4an ment4l dan s€ksval semenjak saya kecil lagi. Ibu ayah berpisah saya jadi m4ngsa.

Dipendekkan cerita saya pernah ditinggalkan tunang sebulan sebelum majlis perkahwinan berlangsung hanya kerana berubah hati kepada perempuan lain. Hinggalah suami saya menggantikan tunang saya.

Sejak kecil lagi saya tercari2 apa maksud kasih sayang. Permulaan perkahwinan saya cuba menerima suami saya walau langsung tiada perasaan cinta.

Setelah dikurniakan 2 orang anak suami saya mula abaikan saja, dia hanya sibuk dengan kerja kerja kerja. Suami memang baik, apa saya nak semua dapat, tapi hanya masa bersama je kurang. Dia hanya tahu cari duit sahaja padahal bukan hanya itu yang saya perlukan. Saat itu saya mula diabaikan.

Hampir kering air mata saya nasihatkan dia. Pernah ke kaunseling di pejabat agama namun dia tak pernah berubah. Apabila sering di abaikan saya merasa sunyi.

Bermulanya episod baru bila Saya mula berjinak dengan fb dan berkenalan dengan seorang lelaki W yang saya panggil adik kerana dia berumur 11 tahun lebih muda dari saya dan dia merupakan penuntut universiti.

Dia tak pernah tahu status saya bergelar isteri dan umur saya. Boleh dikatakan hampir setiap hari kami berbual melalui fb dan saya mengenali semua keluarganya dan sepupunya. Berhubung melalui video call etc. Berbalas2 hadiah.

Hinggalah satu hari dia meluahkan rasa yang dia mula jatuh hati dengan saya. Ketika itu hubungan kami telah mencecah hampir 3 tahun.

Dan dia telah pun menjawat jawatan Jurutera di negaranya. Saya tak mampu untuk rahsiakan siapa saya akhirnya saya ceritakan segalanya.

Air matanya jatuh saya dapat lihat dengan jelas lewat video call. Saya berasa amat berdosa. Saya tak pernah berniat untuk mainkan perasaannya.

Saya tak pernah menyangka lelaki semuda dia boleh jatuh hati dengan saya. Dia rasa sangat kecewa. Sejak itu saya putuskan hubungan dengannya.

Namun setelah 6 bulan sepupunya menghubungi saya menceritakan keadaan W yang masih tak dapat lupakan saya. Sejujurnya saya tak mampu untuk berbohong bahawa saya juga mula menyedari bahawa saya juga mula jatuh hati padanya.

Pabila dia hubungi saya kembali ternyata kami tak dapat lari dari kenyataan bahawa kami saling mengasihi. Saya ceritakan pada suami segalanya. Saya pohon dia untuk lepaskan saya.

Saya ingin menuntut fasakh namun suami berkata bu nuh dia sampai mat! dia tak kan tinggalkan saya. Saya ambil keputusan untuk tinggalkan W. Kerana saya tak mahu dilak nat Allah kerana saya isteri orang.

W merayu jangan tinggalkan dia. 5 tahun kami jalinkan hubungan dia ikhlas untuk berkahwin dengan saya. Namun saya mohon dia anggap saya tak lebih dari seorang kakak. Hubungan kami terputus lagi.

Namun tak lama, begitulah apabila terasa berdosa saya akan putuskan hubungan namun setiap kali itulah tidak kekal lama dan kami kembali berhubung. Kerana apabila rindu datang bertandang dia akan hubungi saya.

Saya yakinkan dia korbankan perasaan demi untuk taat kepada Allah ianya takkan sia-sia. Jangan jadikan cinta itu murah dengan hasutan syai tan. Mungkin ramai tak percaya namun W lelaki cukup baik.

Selama bervideo call dia cukup menghormati saya. Malah setiap kali ingin memulakan sesi video call dia akan ingatkan saya untuk menutup aurat. Saya tak pernah tenang akan hubungan ini kerana saya tahu ianya tak kan kemana.

Selalu saya katakan kepadanya dia terlalu muda untuk saya. Masa bercinta semuanya indah namun alam perkahwinan tak kan sama. Katanya dia inginkan hubungan ini halal.

Namun hati saya tak pernah yakin setelah apa yang saya lalui selama ini. Akhirnya baru2 ini saya ambil keputusan untuk putuskan hubungan. Saya menyamar sebagai suami saya melarang dia untuk hubungi saya lagi.

Namun katanya pada saya yang disangkakan suami tolong jangan seksa saya lagi. Kalau boleh lepaskan saya dia sudi nikahi saya. Dia ikhlas selama 6 tahun ni. Bila saya sengaja katakan kenapa pilih dia.

Saya memancingnya dengan kata2 hinaan katanya dia tak pernah terniat nak mengganggu isteri orang malah dia tak pernah tahu saya isteri orang. Namun segalanya terlewat apabila dia telah benar2 jatuh cinta baru dia tahu saya isteri orang.

Namun cintanya tak berubah walau telah berulang kali di cuba. Sedarlah saya semua ini salah saya. KRT boleh kecam saya, saya terima semuanya.

Saat ini saya masih dihantui rasa berdosa kerana terasa mempermainkan hati seorang insan yang ikhlas cintakan saya. Saya lakukan semua ini kerana saya tak mahu terusan menyiksa dia kerana mustahil hubungan ini berakhir dengan perkahwinan. Saya tidak mahu Allah melak nat saya atas hubungan ini. Sekian.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top