Akhir cerita saya memberont4k keluar dari rumah lalu berjumpa dengan salah seorang kawan saya dan saya memaksanya untuk bawa saya ke ktv

Hi assalamualaikum smua. Saya seorang isteri yang sangat menyayangi suaminya sebelum ni. Saya sentiasa akan tanya suami nak pergi mana dah makan ke belum.

Senang cerita mmng slalu google cara tambat hati suami la. Tapi pada masa itu suami sy masih muda. Oh lupa nak cerita kami kahwin muda bebetul lepas habis spm.

Suami saya pada ketika itu selalu panggil saya dgn nama yang tak elok. Dia slalu hina saya, herdik saya. Suami saya dulu jugak slalu lvdàh dan pvkul saya sehingga pernah jadi smpai kes polis.

Suami saya jugak pernah kantoi beberapa kali chat perempuan lain masa tu. Tapi bila kantoi biasanya suami akan marah saya balik sbb tgk fon dia.

Bertahun tahun saya hadap smua tu. Lebih kurang 3tahun mcm tu. Pada tahun 2019 pada waktu birthday saya suami mengabaikan saya.

Dia keluar pergi ride motor. Akhir cerita saya memberont4k keluar dari rumah lalu berjumpa dengan salah seorang kawan saya dan saya memaksanya untuk bawa saya ke ktv (bilil goyang) walaupun dia taknk bawak tapi sy tetap memujuk dia supaya membawa saya.

Sebelum apa2 ingin saya beritahu suami saya jugak mmng pergi ktv tanpa pengetahuan saya sebelum ini. Dan dia yang pertama skali bawak sy ke tempat begini.

Kalau tak saya pun tk berani nak jejak kaki. Nak dijadikan cerita pada malam itu saya memang dah khayal dan meminta kawan saya hantar balik rumah kerna ingin menunjukkan apa yang dia boleh buat saya pun boleh buat.

Tapi setelah saya pulang ke rumah suami memvkul saya sekuat hati dia dan dia kemas barang lalu keluar dari rumah itu. Setelah beberapa hari ada salah seorang kawan beliau memberitahu saya yang dia sudah mempunyai teman wanita dan baru saya tau mmng selama ini mereka berhubungan dah telah pun terlanjur.

Alasan suami dia snggup bersama dgn wanita lain sbb sy pergi ke ktv. Saya mmang bukan wanita yang baik tapi saya selalu berdoa kepada Allah jika dia mempunyai wanita lain di belkang saya maka tawarkan la hati saya.

Bila saya tahu saja suami sy dah terlanjur dgn wanita lain saya pelik sebab hati saya jadi kosong. Saya dah takde hati dgn suami. Tapi disbbkan suami pujuk dan berjanji dia akan berubah selepas ini saya terima dia kembali.

Saya sudah memaafkan dia cuma hati saya. Sekrang suami dah tinggalkan smua benda yang pernah dia buat. Cuma skrg ni layanan saya terhadap suami dah jadi lain. Saya dah tak tanya dia pergi mana.

Saya dah tak tanya dia nak keluar dgn siapa. Kalau dia merajuk sy biarkan saja. Suami slalu menangis kenapa saya layan dia begini.

Saya nak mintak pendapat smua perlukh saya berpisah dgn suami kerana perasaan sy dah berubah? Atau masih perlu teruskan untuk anak2?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top