Assalammualaikum warga KRT. Saya nak minta pendangan semua di sini. Saya dan husband merupakan pasangan PJJ sejak dari selepas kahwin dan kini kami baru sahaja mempunyai seorang cahaya mata.
Sebelum mempunyai anak kami masih duduk di rumah parents saya dan kini decide untuk menyewa untuk keselesaan baby. Jarak rumah sewa saya hanya 10min dari rumah mak saya dan jarak ke rumah mak mertua saya pula lebih kurang setengah jam.
Issue nya disini suami saya mula mengawal saya selepas kami mula menyewa, dia mahu setiap perkara hanya melibatkan kami bertiga sahaja dan kurangkan percampuran bersama keluarga saya.
Buat makluman semua ibu saya seorang yang extrovert dan berpangkat besar, suka share mengenai cucunya di social media manakala ibu mertua saya pula seorang introvert dan watak sangat lah berbeza.
Suami saya cuba untuk membataskan pergaulan anak saya dari rapat dengan family saya atas alasan bila dia bekerja (masa PJJ) anak akan lebih rapat/mengenali nenek dia dari ayahnya jadi dia tak mahu perkara itu berlaku.Dia juga mengehadkan waktu jika saya mahu ke rumah mak saya sekurangnya 3-4 jam sahaja dan tak boleh tidur disana.
Baru2 ini anak saya demam panas dan saya as 1st mother bingung untuk buat apa jadi saya maklumkan pada husband untuk beritahu ibu saya jika dia boleh bantu atau dapat menemani saya di rumah, tapi husband saya melarang keluarga saya untuk tidur di rumah sewa kami dan suruh saya uruskan baby bersendirian atas alasan untuk berdikari.
Dia suruh saya ke hospital seorang diri driving dengan baby yang baru berusia 2 bulan. Saya tak faham rasionalnya disini adakah dia seorang yang pentingkan diri kerana cemburu keluarga saya akan lebih dengan cucunya berbanding ibunya?
Sehinggakan anak yang sakit pun dilarang utk menghubungi ibu saya demi menjaga kepentingan dia. Minta pendapat dari semua. Adakah patut saya kecewa dengan sikap suami sebegini dan bagaimana cara untuk selesaikan hal ini. Terima kasih.