Bayangkan min dia dah habiskan Rm150 sebulah untuk Rm5 sehari alangkah baiknya duit tu dia simpan buat menabung.

Assalam min. Aku nak tanya sikit la dekat para2 isteri semua yang ada dekat KRT ni.
memang lelaki jenis susah nak tinggalkan rokok eh? Bukan apa min,Tadi tengah Whatsapp dengan laki aku. Sebab aku dengan dia PJJ. So masa tengah chat tu,aku ada buat kiraan saving tentang gaji dia Rm1500 sebulan tu. Min, aku bukan cakap nak hidup mewah min. Aku cuma mintak nak dia Stop Smoking jer. salah ke aku buat cam tu? Bila Aku cakap Pasal rokok,mula la dia meroyan cakap aku ni takde benda lain da nak cakap. Lepastu mula la cakap aku ni nak kan kemewahan.

Tiap kali aku merungut tentang hal ni, Terus cop aku kata dia tak mampu bg aku kemewahan. Kalau betul lah aku nak kemewahan, dah lama aku tinggalkn dia cari lelaki, cari bapak ayam ke ape ker.
min, aku buat semua ni sebab aku sayangkan dia min. aku cintakan dia min rapi kenapa dia tak sayangkan diri dia sendiri min. When i mintak belikan itu ini, mesti Dia selalu merungut min cakap tak dan nak saving. Pastu kalau aku libatkan duit rokok dia,seolah² rokok tu nyawa dia. If dia Stop merokok ,dia akn dapat saving Rm400 sbulan min Tolak nafkah, makan minum dan ansuran motor dia.

Memang aku geram sangat min, puas aku nasihat kat dia Suruh Stop Smoking, boleh prefer Doc kalau nak stopping. Tapi dia banyak mengelak, Bayangkan min dia dah habiskan Rm150 sebulah untuk Rm5 sehari alangkah baiknya duit tu dia simpan buat menabung. kalau stahun simpan duit rokok ,dapat la dia beli kereta.
aku dah cakap lembut2 da, still tak jalan. tak dengar. Takut takleh Stop Smoking. Eh kamonn la, Bini awak ni everytime support benda2 yang baik. Tapi tu la, hati tu keras macam getah selipar.
So tadi, Aku buat la syarat, selagi dia tak stop benda tu, aku takkan layan dia malam2. Uiiii meroyan dia min hahahahahaaha

Aku ngekek2 ketawa sorang2. Dia pujuk aku jangan buat macam tu tapi aku tetap berkeras jugak nak buat mscam tu. Selagi tak cuba stopping, aku takkan layan dia. tau pulak macam cacing kepansan. Dia pun buat la ayat2 macam minta belas kasihan, bagitau aku yang dia takkan ada lagi dalam hidup dia. bila aku cakap “U gut” terus dia diam. hahahaha dia merayu kat aku jangan buat macam tu. Bedekah aku ketawa min. hahahaa. Btw, Aku bahagia walaupun hidup kami sederhana, Lagi pun aku selalu redha sekiranya dia nak kahwin lain. Sebab aku selalu pesan kt diri sendiri dan ingat PASANGAN KITA BUKAN PASANGAN BUAT SELAMANYA, SEBAB PASANGAN KITA TU IALAH MILIK HAK YANG KEKAL.

Jadi dia boleh buat apa saja apa yang dia nak.Sebab kami masing2 tak ambik kisah soal dunia dan hati yang penting kita kena sentiasa bersedia. dan redha supaya 1 hari nanti kitapun takkan kecewa.
Min. Aku harap kali ni dia dengar la nasihat aku. Min, aku sayang dia min. Doakan supaya suami aku terbuka hati untuk stop merokok. Doakan aku jugak supaya dapat menimang cahaya mata pertama setelah 5 tahun sekian lama kitaorg menunggu. tq min sebab sudi siarkan kisah aku yang tak de pengarah ni berterabur.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top