Assalamualaikum min.. Tolong hide profile saya.. Saya nak tanya sama ada ni karma buat saya. Ceritanya dulu sebelum berkahwin saya pernah ada hubungan dengan lelaki yang mengaku bujang. Hubungan kami tak lama hanya berjalan 2 minggu.
Hubungan kami putus di sebab kan ada seorang perempuan call saya yang mengaku sebagai isteri kepada lelaki tu. Sedangkan saya tahu yang lelaki tu masih bujang dan pada akhirnya saya minta untuk dia buat pilihan saya atau isteri dia.
Ternyata dia lebih memilih isteri nya. Sedangkan saya dah terlanjur dengan lelaki tu. Tapi saya coba untuk tetap ingin bersama lelaki tu dan sanggup jadi yang kedua. Tapi dia tetap tak layan saya.
Saya mengalah dan tak nak kacau dia orang lagi. Selepas 2 tahun saya coba buat tak nak ingat dia lagi. Saya jumpa dengan seorang lelaki yang betul2 masih single.. Kami berkenalan dalam masa 2 bulan trus kahwin.
Selepas kami berkahwin rumah tangga saya tak bahagia dia selalu ungkit masa lalu saya dengan bekas kekasih dia dapat tahu semua bekas kekasih sebab ada orang yang tak puas hati kat saya..
Sampai sanggup bagi tahu semua benda pasal saya kat suami saya sama ada tu betul ke tak dia tak nak coba cari tau dan selalu berkasar dengan saya.. Sampai lah ada orang ketiga dalam rumah tangga kami dan suami lebih pilih pompuan tu..
sanggup ceraikan saya demi btina tu. Rumahtangga kami baru berjalan 8 bulan tp dia lebih pilih lepas kn saya..
Mohon jangan kecam saya. Sama ada ni kharma atau memang dah jodoh saya dengan suami tak panjang.