assalam. hide fb aku min!
aku sarah surirumah dan keja partime hujung minggu. 14thun berkahwin dengan man dan ada 4 anak. laki aku ada 6 beradik yang berjawatan tinggi.
awal kawin aku tinggal dgn mentua (masa tu suamibkerja kilang) aku plak kerani. betul mak aku cakap, dekat bau bangkai.
jauh bau wangi. depan aku je mentua baik, belakang dicanang mcm2 pasal aku. org laki kan, semua yg baik mak dia. kita je yg jahat. Aku tekad ajak laki aku pindah n angkut semua barang2 aku (aku beli masa bujang pekakas rumah) kami menyewa.
sampai dapat 2 org anak, mentua panggil kami balik(pindah sana). konon nak rapat dgn cucu (padahal orang gaji lari) laki aku ikutkan,tp dengan syarat semua barang dlm rumah kami akan di jual seluruhnya (b0d0hnya aku!!! aku ikutkan dgn harapan mentua dah berubah)
pisang berbuah 2x..
kali ni lebih teruk. masa aku mengandung mentua pertikaikan kandungan aku. ko rasa? aku bawak anak2 lari balik rumah mak aku. aku betul2 stress. laki aku percaya je cakap mentua. mcm dia tak tau aku kemana? buat ape? b0d0 betul! 24jam aku jadi driver mentua..
pagi sarapan kat warung, pastu p pasar.. tengahari mkn kat kedai.. lepas zohor baru balik rumah. dah tu, laki aku demand nk mkn air tangan aku! tapau2 semua tolak tepi. takkan itu aku nak ingatkan? aku bergondoh gandah dgn ank2 ikutkan kemahuan org tua tu.
hanya kerana laki aku nak aku hormat n layan mak dia sebaik2 manusia! padahal dia tak tau perangai mak dia dgn aku macamana? lepas aku lari, hari2 aku doa supaya laki aku berubah dan dibukakan mindanya utk aku. alhamdulillah, suami berubah.
tapi mentua pulak yang panas d4rah. berkali2 dihalau kami ank branak. suami sabar. macam2 kata2 kesat caci maki, suami sabar. sampai 1 tahap suami hilang sabar, kami keluar sehelai sepinggang. masa tu aku baru lepas pantang ank no.4
bertalu2 ipar call aku minta pujuk suami.
sampai la aku dikhabarkan mentua dah uzur (tetiba tak boleh berjalan..terlantar) aku pegi melawat dgn anak. ya allah! kesiannya. rumah cantik,tersergam indah. melangkah masuk dalam rumah, tekak loya nak muntah! bau n4jis! makin dekat, makin kuat bau. tilam, rambut, lantai, penuh n4jis.
aku rasa mungkin dah masuk perut agaknya. kesian sangat. takde orang uruskan. hanya harapkan adik ipar yang dtg sesekali utk bersihkan. whatttt?? kau anak kot?takkan tak kesian kat mak kau? sanggup kau biarkan org tua tu sorang². patut la org tua tu main taik!
aku bagitau suami keadaan mak dia. dia terbuka hati nk melawat.
Dan paling terkejut suami terus angkut orang tua tu balik rumah kami masalahnya bincang dengan aku pun 2 3 jam sebelum balik. kau rase? sungguh! aku tak sedia! aku tak rela! aku tak nak! tp aku hanya boleh ckp dlm hati je. itu mentua, ibu kepada suami aku..
suamiku,syurgaku.. tapi jangan lupa kunci ada pada ibunya.
ramai kwn2 jiran2 kata aku menantu yg baik. aku hnya mampu senyum pahit! dendam aku masih berbuku. geram aku masih tersisa. luka aku masih berd4rah. sampai kadang2 aku lepaskan marah masa tukarkan pampers
Aku tonyoh2 masa suapkan mkn. aku sakit tiap kali tatap wajah mentua. aku luah pada suami, kenapa aku yang harus buat semua tu? dulu aku dikeji.. dulu aku dhina.. sekarang,tangan ni jugak yang cuci n4jisnya! suami hanya mampu diam, kerana dia pun brada dalam keadaan yang sama.
tak pernah sekali mentua sebut namanya. semua anak2 dia sebut.. tapi man? aku pernah nampak, matanya berkaca.. pipinya merah, lepas mak dia kata ‘man? owwhhhh ntah! mana dia?’
doakan kami,jadi anak2 yang baik.. doakan ank2 kami utk jadi cucu2 yang taat. tak tau la sampai bila mcm ni. kadang aku ok.. boleh gurau dgn mentua. kadang aku jadi bengis mcm nak tumbvk je muka dia.