Salam admin. Mohon hide profile sy ya. Sy yg isteri kedua tak tahu bersyukur dapat nafkah RM2.3k sebulan tu.
Izinkan saya buka kisah 10 tahun dulu dimana saya telah berkenalan dengan madu melalui baitulmuslim. Sy post cari jodoh dgn kriteria bujang/duda sbb sy dh cecah umur 30-an dan sibuk bekerja, selalu outstation tiada masa nak cari cinta.
Madu sy pm sy dgn hasrat mencari calon isteri kedua utk suami dgn tujuan dapatkan zuriat utk suami. Madu telah berusia lewat 40-an, suami usia 50-an. Madu kerja sektor swasta dan suami senior manager di GLC. Pada masa tu mereka dh ada sorang anak angkat lelaki.
Dlm beberapa org calon, sy menepati kriteria mereka iaitu bujang dan ada kerja tetap. Dalam tempoh setahun berkenalan, madu juga lah yg dtg merisik dan tunang. Jadi situasi sy pd masa tu, sy lah yg membuka hati utk mereka berdua, ditambah dgn persetujuan dan restu ibu sy.
Jd sudah tentulah kami berhubungan baik. Madu jugalah yg bantu proses permohonan poligami di mahkamah. Masa tu ikut persetujuan, setiap isteri diberi nafkah sebanyak RM4k sebulan dan giliran bermalam 3-4-3. Sama rata. Itulah amaun yang dinyatakan dlm kebenaran poligami.
Tapi saban tahun nafkah kpd sy dan anak2 dikurangkan dgn alasan gaji sy pun dh stabil dan tinggal di kuarters. Kuarters atas nama sy dan potong gaji sy RM700. Baki RM1.6k tu lah belanja kami 3 beranak dan sy terpaksa guna gaji sy utk tampung perbelanjaan, loan dan saving.
Saya dpt tahu RM8.5k pun sbb terlihat resit bank in duit tersebut di rumah sy. Bila sy tanya suami, katanya mmg bank in amaun tu since 2019, utk bayar 2 rumah, 2 kereta, 1 motor dan semua belanja rumah dan anak. Baki RM1k khas utk belanja madu tanpa usik gaji madu sesen pun.
Sy bersyukur dgn kehidupan sy skrg lagi-lagi dgn kehadiran 2 cahaya mata pewaris harta suami. Sy baca komen ada yg kata isteri pertama dpt 1/8 dan isteri kedua dpt 1/12. Melalui bacaan sy di google smlm, kalau ada 4 isteri sekali pun, kena bahagikan drpd 1/8 tu juga ya. Kpd mereka yg caci m4ki sy, sy doakan berbalik kpd kamu semua.
Kpd yg doakan baik2 utk sy, terima kasih atas doa kalian. Kesimpulannya point yg sy nk sampaikan ialah, JANJI LAIN DAPAT LAIN. P4d4n muka sy lah kan sendiri terusik hati. Jgn risau hubungan kami semua masih baik dan cuti CNY nanti suami akan bawa kami semua ke luar negara.
Kisah terdahulu.. Salam admin, mohon hide profile saya ya. Saya isteri kedua, ada 2 anak (1 boy & 1 girl) dan skrg tinggal di kuarters. Kami poligami cara baik sejak tahun 2014. Saya dan madu juga berhubungan baik dan sering ziarah menziarahi pada hujung minggu.
Saya baru dapat tahu suami tiap-tiap bulan bagi kpd isteri pertama yg juga bekerja dan ada 1 anak lelaki, RM8.5k sebulan, dan kepada saya dan anak-anak RM2.3k sebulan. Makan minum, barang rumah, barang anak-anak, yuran taska, kereta, bil-bil, dan insurans saya bayar guna gaji saya sendiri.
Saya sedar saya per4mp4s dan penumpang hak orang jadi saya takkan sesekali bangkitkan hal ni kepada suami. Selagi saya mampu sara hidup saya dan anak-anak, saya akan teruskan. Doakan saya dan anak-anak dimurahkan rezeki dan dapat beli rumah sendiri suatu hari nanti. Maafkan saya andai post ni mengundang rasa tidak senang kepada warga KRTF, saya hanya nak meluah. Terima kasih.
iu9liy