Keadaan rumah tangga saya  berubah bila saya dah start dapat kerja gov sedangkan suami pulak berhenti kerja n nak start buat bisnes sendiri

Assalamualaikum min. Mohon hide profile saya ye.. sekadar luahan sebab buntu. saya dilabel ISTERI KEDEKUT.. demi allah. Cuma allah je yang tahu sedihnya saya bila suami cakap macam tu. Awal perkahwinan kami.

Alhamdulillah.. suami masih ok.. dia bekerja. Saya tak. kami stay rumah orang tua saya.. walaupun gaji suami tak banyak tapi saya bersyukur. Dia memang akan bagi saya semua gaji dia untuk saya urus dan belanjakan. Nampak ok sahaja kan?

Keadaan rumah tangga saya  berubah bila saya dah start dapat kerja gov sedangkan suami pulak berhenti kerja n nak start buat bisnes sendiri. Saya setuju saja kalau memang itu yang suami mahukan. Tak lama selepas itu.. dia ajak pindah rumah.

kami menyewa.. nak berdikari katanya.. smpi bila saya nak bergantvng harap dgn orang tua. Dia kata dia segan.. (sebelum pindah saya dijanjikan bulan dan bintang..nak bahagiakan saya. Macam macam..) saya sbgai isteri hanya mampu menurut dan percayakan suami. Tapi..

episod sedih bermula bila kami dah start menyewa.. dia dah start berkira2. Dia kata dia bayar sewa rumah (RM200) sementara saya bayar bill api air. Belanja dapur dan pampers susu anak. Soal nafkah untuk saya. susah nak dapat.

kadang 4-5 bulan bru sekali diberikan itupun RM100. Kereta diapun dia suruh saya yang bayar sampai habis sbb saya yang guna katanya. Bukan dia. Bila saya mengeluh kat dia. saya ckap duit dalam akaun tiap2 bulan nak habis.

dia boleh plak tnya saya pergi mana semua duit gaji saya. bila saya explain dia akan berang n kata saya berkira n kedekut allahu. Sedihnya saya. saya kedekut ke min? Bisnes dia on off. Tapi bila ada kemasukan..

saya try minta nafkah saya dia kata cukup2 makan je untuk bayar pekerja. Habes tu buat pe nak bisnes kalau untuk bayar gaji pekerja je. rokok boleh pula beli hari hari Saya betul2 makan hati dibuatnya.

Bila saya cuba bincang. Siap bagi hadis sah tentang tanggungjawab suami. yang saya dapat cuma caci m4ki hamun dan dilabelkedekut. entahlah. Saya cuma buntu min. Saya cuma nak ucap TAHNIAH buat ISTERI yang banyak berkorb4n hati, tenaga dan duit demi keluarga. Semoga kita kuat ya.

3 thoughts on “Keadaan rumah tangga saya  berubah bila saya dah start dapat kerja gov sedangkan suami pulak berhenti kerja n nak start buat bisnes sendiri”

  1. Hey there! Do you know if they make any plugins to help with SEO?
    I’m trying to get my blog to rank for some targeted
    keywords but I’m not seeing very good gains. If you
    know of any please share. Many thanks! You can read similar
    text here: Najlepszy sklep

  2. Hey there! Do you know if they make any plugins to help
    with Search Engine Optimization? I’m trying to get my website to
    rank for some targeted keywords but I’m not seeing very good results.

    If you know of any please share. Thank you! I saw similar text here:
    GSA Verified List

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top