Kesannya pada phubungan kami berdua saya perasan sikap somi saya berubah daripada seorang yang penyabar jadi cepat marah

Assalamualaikum semua.. Saya nak minta pendapat/ nasihat/ pengalaman korang semua yang sudah berumahtangga. Bagaimana nak jadi seorang isteri yang solehah? Isteri yang boleh sabar dgn segala dugaan/ujian yang Allah berikan? Sebab saya seorang isteri yang kuat merajuk (memang tau mbosankan), kuat sentap dan disebabkan sikap tu saya jadi kurang menghormati suami. Setiap hari saya gelisah dengan dosa saya lakukan. Tapi setiap kali jumpa somi, saya tak dapat tahan rasa amarah walaupun somi cuma lakukn sekecil kesalahan sekalipun atau kadang2 sengaja cari pasal dengan somi.

Kesannya pada phubungan kami berdua saya perasan sikap somi saya berubah daripada seorang yang penyabar jadi cepat marah. Daripada seorang somi yang lembut tutur katanya, jadi pembengis. Saya tahu salah saya. Saya syangkn rumahtangga saya. Tapi saya seringkali sakitkan hati pasangan saya.
Jgn nasihatkn untuk bercerai. Cuma nasihat/pengalaman daripada korang yang dah lama layari alam pkahwinan. Macamne korang kekalkan kebahagiaan dalam perkahwinan & mmupuk sifat sabar dalam diri kalian bila berhadapan dgn kekurangan pasangan? Terima kasih

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top