Kisahnya dalam masa yang sama saya rasa sangat2 sunyi dan ada bekenalan dengan seorang lelaki dan kami terlanjur

Salam min . Tlg hidekan profile ni fb kwn saya . Saya yang mintak tolong dia tanya dalam ni . Saya khwin muda. Pekahwinan saya sudah nak masuk 8 tahun. Ada 2 orang anak. Saya ada masalah yang sangat2 besar bagi saya.

Saya rahsiakn dari suami selama 6 tahun. Masa 2 tahun perkahwinan kami . Saya diuji dengan perangai suami . Dia selalu keluar kerja malam2 tak balik rumah dan biarkan saya bersendirian dengan anak. Tapi sekarang suami dah berubah. Alhamdulillah.

Kisahnya dalam masa yang sama saya rasa sangat2 sunyi dan ada bekenalan dengan seorang lelaki dan kami terlanjur hubungan saya dengan dia kejap ja tak sampai berberapa bulan saya sedar dengan kesalahan saya .

Saya mula bertaubat dari tak bertudung saya pakai tdung dari tak sembahyang saya ssmbahyang saya buat solat taubat nasuha tapi sampai ke harini hati saya tk tenteram.

Saya nak jujur dengan suami saya nak minta ampun tapi saya takut saya diceraikan oleh suami . Saya sayang suami.

Saya buntu apa perlu saya buat ? Hati saya tak tenang smpai keharini walaupun kejadian dah blalu 6 tahun yang lalu . Saya dekatkan diri dengan Allah . Tapi saya tetap rasa bsalah . Saya nak masuk syurga.

Tapi dalam masa yang sama saya sayang suami saya. Saya tak nak diceraikan. Saya tak tahu nak mengadu dekat siapa. Saya mengadu dekat kawan saya dia pun cakap tak tahu nak bagi nasihat macam manaa .

Apa perlu saya buat ? Apakah perlu saya jujur dengan suami supaya hati saya rasa tenang? Tolong jangan kecam saya . Saya mintak nasihat yang baik2 . Semua orang pernah melakukan salah .

Tapi tak semua pernah buat salah besar macam saya . Saya dah berubah . Saya dah btaubat to hati masih lagi tak tenang .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *