Kisahnya dia mengamvk sepak barang bagai saya terus saya panggil adik saya untuk ambil saya

Salam admin. Harap hide profile saya.
Saya nak minta nasihat dan kata2 semangat dari semua warga KRT. Saya diceraikan ketika usia pernikahan berusia 4 bulan dan saya sedang hamil. Saya ringkaskan.

Kisahnya dia mengamvk sepak barang bagai saya terus saya panggil adik saya untuk ambil saya. Malam dia datang rumah family dan justify macam2 perbuatan dia.

Saya okay je nak maafkan tapi kemudian dia drag pada macam2 masalah rumah tangga yang saya rasa tak perlu pun sebab tu hal suami isteri. Kemudian dia maklum akan bgtau parents dia pulak??
Saya merajuk.

Ofc saya tak contact dia. Kemudian, saya tak tahu bekas suami burukkan apa pasal saya pada family dia tapi tiba2 mak dia block saya. Adik beradik dia takde sorang pun tanya saya kesahihan apa yang disampaikan oleh bekas suami.  

Dua minggu lepastu tempoh bertenang dia ambil, dia jumpa keluarga saya bagi borang cerai. (Saya kerja jauh, kami pjj)  Parents dia takde sorang pun call parents saya untuk berbincang hal ni.  Saya mula nya marah dan kecewa, yelah orang dah taknak kita.

Saya ikutkan aja. Kemudian, 2-3 hari kemudian saya check pregnancy dan disabkan positive. Bekas suami saya pada hari yg sama juga ke unit kecemasan dan katanya ada depression.

Saya yakin dia depressed sebab keputusan cerai yang dia ambil tanpa berbincang dengan saya. Dan juga mungkin pressure family dia.

Saya cuba ajak bekas suami saya berbincang banyak kali tetapi dia mengelak. Saya dah sampaikan hasrat untuk tidak mahu bercerai kerana kandungan tapi dia buat tak endah aja. Malah percepatkan lagi proses.

Saya ada minta nak jumpa buat kali terakhir, pun dia tak tunaikan. Kami jumpa di court je untuk dia jatuh talak pada saya. Dia tak pernah tanya saya pasal kandungan saya. Kandungan saya sangat awal lagi, saya sangat stress dan selalu menangis tiba2.

Berat untuk saya  harapi ujian ni sebab kami dah kenal lebih 5-6 tahun sebelum nikah tapi senangnya dia buang saya macam kain buruk macam ni?

Wallahi berat sangat hati ni, saya harap warga KRT boleh share dengan saya macam mana nak teruskan hidup? Masa saya bercakap dengan dia lepas court pun, bunyi sangat cold dan tak kisah langsung dah.

Senang nya dia buang saya dan anak dia?
Thank you. Harap KRT publish cerita saya, saya sangat perlukan kata2 semangat lagi2 dari orang yang pernah bercerai. Macam mana nak move on bila diceraikan tanpa sebab yang munasabah??

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top