salam admin. Saya nak minta pendapat. Pandangan dan idea. Kisah nya macam ni. saya umur 23 tahun. anak 2 Nak masuk 3 sekarang saya preggy dan saya isteri orang. kami sekeluarga tak adalah bahagia sangat. ada juga masalah. undercontrol.
Kisahnya ialah saya telah curang dengan suami selama setahun tapi masalahnya baru2 ini suami dapat tahu dan minta saya berubah (tinggalkan kekasih) dan jalani kehidupan bersama dia seperti biasa.
Saya dalam dilema kerana saya mengandungkan anak kekasih tanpa suami tahu dan suami ingat itu anak dia.
Jika pilih suami. Saya mungkin akan hidup bersama dengan kebencian mil sebab mil memang tak suka saya sejak bertunang lagi.
Jika saya pilih kekasih. saya terus menerus menangung dia. sebab dia malas kerja dan penagih tegar. selama ini saya yang sara hidup dia. 10 bulan saya sabar sebab dia janji nak kerja tapi tak kerja2. Saya buntu untuk buat keputusan nak pilih siapa.