Kisahnya Saya isteri nombor 2 dan saya kahwin dengan suami Senyap2 kerana saya telah hamil anak suami dan madu saya tidak tahu

Assalamualaikum admin.
Kisahnya Saya isteri nombor 2 saya sudah kahwin dengan suami 6 tahun Ada anak seorang 3 tahun Saya kahwin dengan suami Senyap2 kerana saya hamil anak suami dan madu saya tidak tahu.

tetapi Tahun lepas baru madu saya tahu Yalah macam mana pun menyorok mesti tahu juga kan. Suami selalu cerita kalau madu tak reti layan suami, 24 jam depan hp, tak reti masak dan tak reti jaga anak. Tetapi bila suami nikah lain Madu saya tidak boleh terima dan minta cerai dengan suami.

Suami saya tidak mahu ceraikan. Tapi madu tetap hendak cerai juga, 3 hari lepas kantoi. Mereka bercerai. Tapi saya tidak pernah jumpa lagi dengan madu. Dia ada nombor saya sahaja. Dia maki2 di whatsapp. Saya baca sahaja apa yang madu hantar tapi saya tidak balas.

Suami tidak bagi. Takut mengeruhkan keadaan. Saya balas minta maaf sahaja. Macam2 madu cakap hina saya. Saya terima sahaja. Saya tahu saya salah. Anak2 suami ada 3 orang ketiga2 masih sekolah. Lepas cerai madu yang jaga. Nafkah suami tetap bagi.

Termasuk buat madu. Lepas mereka cerai, suami ada bawa anak2 jumpa dengan saya. Saya takut hendak jumpa. Takut mereka benci dengan saya. Tapi mereka tidak benci. Mereka datang salam dengan saya. Anak yang sulung cakap, “oh aunti lah emak baru kami”.

Cakap elok sahaja. Luar sangkaan saya. Biasakan anak2 tiri tidak suka emak tiri, apa lagi saya penyebab emak dengan ayah mereka berpisah.

Lepas itu suami selalu bawa mereka pergi rumah saya. Lama2 saya dengan anak2 tiri rapat. Mereka pun layan anak saya macam adik. Dalam masa eddah madu selalu call suami kata kereta rosak lah. Macam2 lah saya biar sahaja.

2 bulan mereka lepas cerai saya ada baca whatsapp dekat telefon suami madu minta rujuk balik. Tapi saya senyap sahaja. Tidak tanya dengan suami. Seminggu lepas itu suami saya bawa pergi makan. Baru suami bagi tahu saya madu hendak rujuk balik.

Alasan madu sebab anak2. Saya cakap pada suami saya okey sahaja kalau rujuk balik. Lagipun saya lah penyebabnya. Tapi suami ragu2. Saya pujuk suami buat rujuk balik. Kasihan anak2 masih memerlukan seorang ayah. Lagipun tidak sampai hati.

Sebab saya sudah rapat dengan anak2 tiri. Suami rujuk balik dengan madu. Tapi suami tidak buat syarat. Rujuk macam itu sahaja. Suami jarang balik di rumah saya. Sebab hendak jaga hati madu. saya faham. Lepas rujuk madu datang rumah mengamvk2 suami tidak ada.

Semua gambar2 diambil dan dikoyak2 baju dalam almari saya dibuang2. semua barang dia rosakkan. Madu masuk sahaja 
saya lari. Takut madu apa2 kan anak saya. Saya balik rumah sudah berterabur. Saya tidak beritahu pun suami takut gaduh pula.Tapi petang itu suami datang ambil barang kereta.

Saya tengah kemas rumah sambil menangis. Suami tanya kenapa rumah macam ini. Saya diam sahaja. Tapi suami tahu mesti madu yang buat. Suami call madu. Mereka gaduh di handphone 2 hari dia tidak balik sana. Buat pengetahuan. Selepas mereka rujuk suami tidak pernah tidur di rumah saya sebab hendak jaga hati madu.

Lepas itu mereka baik balik. Apa2 masalah di rumah sana saya tidak pernah ikut campur. Lama lepas itu saya dapat tahu sebab madu saya mengamvk hari itu. Ada hamba allah ini, ddulu kawan saya cucuk2 madu. Cakap macam2.

Itu madu jadi panas hati. Kalau dia nampak suami di rumah saya walaupun siang dia akan whatsapp madu. Kadang2 suruh anak dia intai rumah saya. Tengok suami ada atau tidak..

Apa yang dia tidak puas hati dengan saya entah. Tapi sekarang hamba allah itu dengan suami anak2 dia sudah pindah di kampung. Lepas dia tidak ada, madu sudah tidak ada mesej or maki2 saya. Saya tengok madu sudah mulai baik. 

Selalu juga lah datang rumah saya dengan suami. Anak2 makan sama2 di kedai. Anak saya pun dia dukung dia bagi makan dia suapkan. Sudah habis baru dia makan. Tapi dia kurang bercakap dengan saya. Saya pun takut hendak cakap apa2 takut tersalah cakap.

Anak2 tiri pun baik, mereka faham. Kalau madu tidak ada, mereka panggil saya mummy. Kalau madu ada panggil saya auntie sahaja. Ada hari itu kami tengah makan ada suami bergurau dengan madu kelip2 mata. Anak tiri tepuk2 paha saya dia cakap sabar ya mummy.

Ya allah tidak tahu saya apa hendak cakap apa. Macam dia anak kandung saya pula. Sangat memahami. Saya tambah sayang mereka macam anak sendiri. Tapi suami masih tidak buat giliran lagi. Kalau suami hendak tidur rumah saya, mesti menipu dulu.

Cakap ade kerja sehari baru balik dengan madu. Dalam sebulan mungkin suami datang tidur 4 malam macam itu sahaja. Saya faham. Suami hendak cakap dengan madu hendak buat giliran. Tapi saya tidak bagi takut madu tidak terima.

Madu saya macam ini pun, saya sudah bersukur sangat2. Sudah tidak maki2 lagi. Sudah boleh makan semeja. Baru setahun madu . Hati tidak pulih lagi. Tapi nafkah buat saya, suami tidak pernah abaikan dan keluarga suami pun sudah tahu sebelum madu tahu lagi.

Kelurga suami ada cerita macam2 pasal madu tapi saya tidak mahu tulis. Takut memburuk2 kan madu pula, saya cuma hendak keluarga kecil saya ini bahagia dan madu dapat terima saya dan anak saya. Saya tidak ada tuntut apa2 dari suami. Janji cukup makan.

Saya sedar diri saya menumpang kasih. Cemburu itu memang ada tapi saya tidak fikirkan, tepis sahaja. Saya akan menangis sendiri nntuk lepaskan geram. Kadang2 kalau suami bersama madu, hati saya sakit terfikir apa mereka buat, kdg2 sy4itan menghasut untuk memberont4k tapi saya dapat ras sumi lagi pertahankan yang belah sana.

Kalau ada yang kecam saya. Saya terima sahaja . Terima kasih admin kerana siarkan kisah saya. Asalamualaikum.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top