Assalamualaikum..terima kasih hidekan profile dan siarkan. Saya dan isteri dah pun hidup bersama selama 6 tahun.kami bernikah di usia 30an. Kami dikurniakan 2 anak.
Saya dapati isteri saya seorang yang
1. Kuat cemburu ( itu biasa)
2. Panas baran/cepat panas. Suaranya sangat kuat bila menjerit. pernah beberapa kali saya ditegur jiran kerana suaranya tu.
3. Seorang yang tak cerdas dalam fikiran.
Dia tak mampu nak uruskan perkara-perkara yang penting contohnya daftarkan sekolah anak, tak mampu nak selesaikan masalah kecil antaranya apa perlu dibuat jika data phone penuh walaupun dah berkali-kali saya ajar. pendek kata cara fikirannya masih ‘di bawah katak tempurung’.
Langsung tak nak ambik tahu perkara-perkara yang ilmiah tetapi sangat rajin baca novel dan taksub drama tv. kadang-kadang hampir nak terpancul dari mulut saya perkataaan ‘b0do0h’ , ‘ot4k tak cerdik’ tapi saya tak sampai hati.
Kekurangan itu saya boleh terima tetapi bila saya ajar, nasihat saya semula yang kena marah dan ugvt nak tinggal kat rumah ibu bapanya.
Bila saya ajar bermaksud saya mahu melihat dia menjadi seorang yang mampu berdikari, wanita yang hebat, tak mudah ditipu orang andai kata saya ditakdirkan m4mpus di usia muda.
Kelebihannya yang saya kagum adalah pandai simpan duit gaji saya walaupun dia tak bekerja dan tak pandai buat bisnes online. kewangan kami stabil tetapi tak terlalu mewah.
masih ada bajet untuk hiburan sekeluarga. Anak sulung dah pun nak masuk tadika.
Saya risau anak-anak akan mengikut cara fikiran isteri saya
Saya juga akan mulakan pendidikan agama pada anak-anak dan saya mahu dia ikut sekali kerana saya sendiri yang akan mengajar.
Saya mohon doa anda semua untuk kesejahteraan kami sekeluarga. Terima kasih.