assalamualaikum. saya nak mntak pendapat. Saya sudah berkahwin 4tahun dan mempunyai seorang anak lelaki 2tahun lebih. Selepas 8 bulan kahwin saya mengandung dan melahairkn anak. Masa tu suami jaga saya dan anak dengan baik.
Selepas anak masuk 3 bulan, saya dah mula bekerja. Pagi suami akan jaga anak dan dia bkerja sayaift petang. Memang tak ada masalah masa tu. Kami tinggal dirumah emak saya. Rumah emak dan rumah mil dekat dalam 10 minit sahaja.
Kisahnya selepas anak berusia 8 bulan kami dikejutkan dengan penahanan suami kerana kesalahan d4d4h. Masa tu emak saya memang marah sangat dan h4r4mkan suami saya jejakkn kaki dirumah dia.
Emak saya minta saya bercerai mil datang minta maaf smpai nangis2 tapi emak saya cakap dia dah malukan kami sekeluarga..1 kampung sudag tahu…emak saya tak akan memaafkan suami saya.
Selapas setahun dipenjarakan, suami saya sudah dibebaskan dan lepas tu kami tinggal berasingan sehingga sekarang. Selepas suami dibebaskn, saya setiap hari membawa anak berjumpa dia dan hubungan kami baik wlaupun tidak sebumbung.
Sekarang sudah setahun suami dibebaskan dan sudah bekerja dan setiap bulan tirak pernah miss bagi nafkah saya dan anak.. walaupun dalam penj4ra, mil selalu hantar duit untuk keperluan anak dan saya.
Semalam sayaa dan emak saya bertengkar disebabkn adik saya mencubit anak saya kerana anak saya terpvkvl anak dia saya marah cakap depan mata saya pun dia berani cubit anak saya. emak saya terus marah saya cakap kalau lagi biar anak tu buat orang nnti lagi melampau perangai. Kalau dah pandai sangat jaga la sendri anak tu.
Lepas tu saya kata tak pe lepasni tak payah mngasuh dah biar saya jaga sendri. Selepas kena cubit tu memang anak saya nangis dan terus lari kat saya. Masa tu saya sedih sangat. Macam nak bawak anak lari jauh2. Sekarang ni saya buntu sangat. Kalau berhenti kerja memang tak cukup berbelenjaan.
Kalau harapkan suami kerja seorang memang tak akan cukup. kalau saya tinggal bersama suami emak saya akan marah dan benci saya. kalau terus tinggal dengan emak saya perkara ni tak akan selesai.
Kami akan bermasam muka setiap hari. saya kasihanakan anak saya. Harapkn kasih sayang atoknya tetapi selalu kena marah. wajarkan saya terus tggal bersama suami memandangkan suami hanya tinggal berdua dgn mil? sebenarnya luka masih berd4rah kepada suami.
Takut perkara yg sama berulang lagi. Saya pernah failkan penceraian selepas suami keluar haritu tetapi mahkamah tak benarkn kami bercerai kerana masih boleh diperbaiki.
Saya tengok suami sekarang lebih tenang dan teratur daripada dulu. Sebenarnya suami tidak kisah dimana saya mahu tinggal asalkn saya dan anak selesa..