Kisahnya suami meningg4l 12 tahun yang lepas kemalangan dan Masa tu saya telah mengandung 8 bulan anak kedua

Asalamualaikum admin, Masalah saya berlainan dari kisah rumahtangga org lain tp saya tetap mahu kongsi supaya jgn ada org mcm saya. Sekadar minta pendapat kenapa saya masih belum boleh move on sampai sekarang. 

Saya Sumayyah(nama samaran) 39 tahun, balu anak dua, berkahwin dah 4 tahun (sejak 12tahun lepas) rasa bahagia sangat2 tak pernah ada masalah.
Arwah suami telah meningg4l 12 tahun yang lepas kemalangan semasa bekerja.

Masa tu saya mengandung 8 bulan anak kedua,anak pertama umur 2 tahun. Hanya Allah yang tahu perasaan saya ketika di tinggalkan suami tercinta. Banyak kali nak bvnvh diri tp doktor dan keluarga banyak bagi nasihat dan sokongan demi anak dlm kandungan.

Mak kata saya dlm rawatan psikiatri selepas suami meningg4l. Rasa kehidupan saya yang bahagia di tarik serta merta mungkin Tuhan nak uji saya. kenapa mesti di saat anak saya yang kedua belum sempat tengok ayah dia. 

Saya rasa tidak adil dlm kehidupan anak saya dan saya takut dan memang tak dpt jln kan tanggungjawab (amanah )UTK jaga anak-anak yatim. Semakin mereka membesar semakin hari saya dpt MCM2 masalah.

Alhamdulillah saya dpt kerja swasta bahagian kerani syarikat, selepas rawatan psikiatri selepas lahir anak kedua, tapi saya tetap hari2 menangis salahkan suami tinggalkan saya.

saya dengan dunia saya tak bagi perhatian dgn anak2,saya menyalahkan suami tinggalkan saya dengan anak2.  ya saya tidak redha, keluarga cari kan jodoh, apa bila saya berkenalan dgn lelaki saya nak yang betul2 serupa perangai arwah suami tp tak ada yang sama.

Anak2 membesar dengan baik dan sempurna tapi kurang perhatian dari saya. Sebab saya masih salahkan takdir saya. Skrg anak2 dah makin remaja dan yang kedua (umur 12 thn) paling memahami saya tapi setiap kali dia bertanya kan Ayah dia, hati saya luluh dan menangis walaupun tak bagi nampak dgn anak2,anak pertama (14tahun)banyak diam.

Kenapa saya masih tak boleh lupa suami sedangkan dia sudah meninggal. Saya cuba UTK berkahwin lain tp di saat akhir saya akan berhenti UTK teruskan pernikahan sebab takut  di tinggalkan lagi dengan kem4tian.

Mungkin obses saya dengan suami masih ada. Tolong komen dan bagi saya pendapat cara UTK saya terima hakikat.. dan terima kasih atas nasihat semua.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top