Kisahnya Suami saya ada abang kembar seiras yang sudah berumah tangga sampai satu tahap nak je g0d4 abang ipar tapi dia seolah2 tak faham perasan saya.

Salam krt. Mohon admin hide kan status saya. Saya nikah dengan suami dah  nak masuk 2 bulan dan sekarang tengah hamil pelamin. Kisahnya Suami saya ada abang kembar seiras yang sudah berumah tangga. Mereka sudah berumah tangga selama 3 tahun dan  isterinya baru hamil nak masuk 5 bulan. 

Dipendekkan cerita Hubungan saya dengan biras dan ipar duai Alhamdulillah baik,  mertua pun baik. Sebulan sekali saya dan suami sertia ipar duai semua balik melawat mil.

So kami memang tidur 1 malam dirumah mil memandangkan semua ada bilik masing2 so memang tak susah pun bila balik sana. Suami saya pula baik, dari segi nafkah zahir batin memang tip top baik. 

Mereka dahirkan dari keluarga yang kuat agama nya so tidak hairan lah kalau mereka boleh dikatakan family perfect. Cuma satu kekurangan suami, dia tak reti masak dan kurang tahu melakukan kerja2 rumah,

suami bukan malas cuma apa yang dia lakukan tidak rapi dan tidak teratur, contohnya lepas balik kerja, kasut tak susun elok, lepas bangun, tempat tidur biar macam tu je, lepas makan pingan simpan dulu sampai malam baru basuh.

Bila bersama mesti tidur dulu esok pagi baru  mandi,  yang paling saya tak suka suami tak faham apa yang saya nak. Suami nak saya berterus terang apa yang saya nak, seolah dia tak memahami kehendak saya. 

Contohnya saya cakap, ” abang, nampak sedap lah makanan dekat restauran tu” tapi dia jawab “yelah betul tu” macam tu je? Sepatutnya dia kena faham kalau saya nak makan kat situ, dia nak saxa terus terang, bila nak makan terus cakap macam ni “Abang sayanak makan ni ”

(baru dia faham) saya tidak selesa dengan sikap yang begini. Berbeza dengan kembar suami iaitu abang ipar, beliau pandai melayan isteri, rumah tersusun rapi, pakaian kemas, memahami isteri, panda masak, mesra, lelaki perfecf 1 dalam sejuta.

Bila dia layan biras dengan baik, saya mula cemburu dan mula membandingkan dengan suami, sampai tahap saya berkata dalam hati “bestnya kalau abang ipar ni lah suami saya” berdosa kah saya menaruh perasaan pada abang ipar sampai mendoakan mereka bercerai?

Sampai satu tahap, nak je g0d4 abang ipar, tapi dia seolah2 tak faham perasan saya. Bila di rumah mertua dia sorang2 d luar rumah, saya cepat2 keluar pura2 nak ambil angin, bila nampak saya dia terus mengelak dan pergi. Saya buntu nak fikir. Dia malu atau apa? Tolong nasihat yang murni2..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top