Masalah ke dua baru2 ni berlaku sedikit perbalahan apabila saya menyuruh anak tiri perempuan yang berusia 15 tahun buat sedikit kerja kerana saya tengah berniaga

Asalamualaikum. Admin. Tolong hide akaun saya. Nak tanya pendapat warga krt. Saya dah 10 tahun kawin ada anak tiri 2 orang dan ank kandung 1 orang. Saya jaga anak tiri dari umur 5 tahun dan 10 tahun sehingga lah sekarang tapi bila depa dah besaq anak2 tiri ni cakap kurang ajar dengan saya. kalau ayah mereka tidak ada lagi lah diaorang buat lebih kurang dengan saya. Ada hari tu sebab kan perkara kecik anak tiri yang sulong pangil saya hang aku ja saya sungguh terkilan dan sedih. Saya berniat nak bgi tahu suami tapi bila di bagi tahu suami hanya diam. niat saya cuma 1 ingin hidup bahagia tapi saya rasakan seperti di nerake pula..

Masalah ke dua baru2 ni berlaku sedikit perbalahan apabila saya menyuruh anak tiri perempuan yang berusia 15 tahun buat sedikit kerja kerana saya tengah berniaga. Saya pangil dia berulang kali baru dia keluar tapi sebelum keluar dia sempat memukul adiknya iaitu anak kandung saya. bila saya tegur dia berbohong dia kata buat pon padahal saya nampak dengan mata saya sendiri. ya allah hati lagi sedih bila anak tiri yang sulong masuk campor dan terpekik terlolong.

Akhirnya saya tewas dengan sikap mereka. saya pkol ank tiri saya dengan niat nak ajar tapi keesokan hari saya di marah terok dengan suami. Saya turut hilang sabar. kerana saya merasakan tiada keindahan lgi di alam rumah tangga. kini sudah 1 bulan saya membawa diri balik ke rumah ibu saya. masalah sekarang nya ni admin. suami asyik datang supaya saya kembali dan yang paling sedih dia cakap saya tetap bersalah.

Saya dah tawar hati admin. macam mana ya saya nk buat sekarang ni. Saya tak nak teruskan perkahwinan yang tiada keindahan ni lagi tapi saya kesiankan anak saya. Yang paling sedih min. Saya dari awal kawin sampai sekarang kerja untuk menyara mereka. bukan saya di bayar pon untuk jaga mereka. dari pagi meniaga hingga ke malam.. tapi saya hanya jadi kuli saja saya rasa.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top