Salam, sebelum ni sy ada pos status kat sini.trima ksih yg beri komen positif.
Mcm ni saya isteri suri rumah sepenuh masa.
Segala tnggugjwb saya sbg istri saya dah jalankan makan minum suami saya jaga, anak saya jaga dengan rapi, rumah saya urus kemas dengan rapi, pakaian suami saya jaga.
Tiap jam 5 pagi saya dah bangun buat sarapan untk suami. suami layan saya dengan baik ok takde masalah cumaaa suami kedekut nak bg nafkah duit saya pun ada keperluan juga nak beli.
Kalau suami beli segala keperluan saya tak kisah dia xberi duit. Ni tak, skincare saya tak beli, shampoo pun tak beli. suami dngn saya guna shampoo lain branded tak sama.
Losyen pun tak beli, ubat pun tak beli. walhal gaji suami cecah 10k sebulan. Tapi kalau keluarga suami minta tolong duit sikit laju ja dia hulur. Tak bekira ngan family.
staff minta pinjam duit laju je dia bagi pas tu ckp tak paya ganti sedekah ja dia ckp. kalau suami beli barang kat kilang duit lebih bayr rm50 dia sruh kerani tu ambl sedekah katanya.
Tapi bila saya mnta beli alat penjagaan diri lngsngg tak beli. kereta ada 2 biji pun tak nak istri pakai. Saya ada lesen pndi bawa kereta.
kadang suami bawa p pasar beli sayur lepas beli terus balik, bila minta singgah watson alasan penat. so sy da malas nak minta beli itu ini sebb confirm tk beli punya.
kalau saya p klinik suami suruh ikut grab tp keluarga dia mnta hntr ke klinik laju je dia hantar . Bnyk perempuan sksi2 suami add friend kat fb.
Isteri sendiri tak nak add friendd dulu before kahwn suami add dengan saya d fb, lepas dah kahwn suami unfollow saya dah bila tanya dia ckp saje jer.
tp prmpn sksi2 laju je dia add. and sblm ni suami ada chat ngan prmpn. Perempuan tu siap minta ambil kat airport lagi so saya marah la prmpm tu ckp napa tak ikut grab dia kata sorry jer.
Dulu before kahwin suami ada cakap lps dah kahwn nanti sebulan dia akan bg nafkah rm500-rm1000 tp 1sen pun tak pernh bagi smpi sekarang. kahwn dengan orang gaji tinggi tak menjamin kebahagiaan
Saya nak niaga online tp modal tak da. Kereta pun tak da. nak kerja lagi la suami tak izinkan. Sini saja tmpt sy meluah sebab keluarga semua jenis kuat membawang.
tak bg kata positf and semangat malah dihina dibawang dulu bujang kerja gaji 3k-4k..sllu bg kat family 1k. family pun rajin call mnta duit skg tak de kerja 1org pn xda call, bila sy susah lngsng x yg pandang.
ni la ujian yg allah bagi saya. Allah tak kan uji saya jika saya tak mampu melaluinya. sabar selagi boleh.