Masalahnya ketika isteri saya berada dalam ambang m0n0p0us saya rapatkan diri dengan gadis muda tersebut

Assalammualaikum min dan reader2 pages KRT. saya meminta pendapat bukan kecaman. pertama saya ingin perkenalkan diri.. saya seorang lelaki yang berusia 39 tahun (sekarang ) sudah berkahwin dan mempunyai anak yang kesemuanya lelaki.

isteri saya berusia 50an juga seorang yang cantik dan bekerjaya. kami tiada masalah rumahtangga yang serius sekarang..

Masalah saya sekarang 10 tahun lalu saya berkenalan dengan seorang gadis yang berusia 21 tahun ketika itu. saya 29 tahun.

Masalahnya ketika isteri saya berada dalam ambang m0n0p0us di mana dia tiada perasaan ingin bersama saya
so saya rapatkan diri dengan gadis muda tersebut.

saya ambil dia bekerja sebagai pembantu saya. engan itu saya boleh jumpa dia hari2. dan saya plan untuk memilikinya. Akhirnya saya berjaya. Ajak dia bersama ketika itu.

saya janjikan pernikahan dengannya. dia saya jadikan tempat melampiaskan n4fsu. sehingga dia mengadu bahawa dia sedang mengandung. ya yang pasti itu hasil perhubungan kami.

saya suruh dia balik kampungnya jauh nun di sar4wak. Dengan berbekalkan janji untuk datang kepadanya dan nikahi dia.

Tapi sehingga hari ini. saya tidak pernah menjenguknya dan anak kami. mula2 dulu dia ada mengirim berita pasal anak tapi saya blcok dia. masalahnya sekarang…

saya sedang memikirkan tentang anak itu. Adakah saya berd0sa? apa yang patut saya lakukan untuk menebus d0sa saya terhadap gadis dan anak itu.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top