Kisahnya saya dah berjumpa dengan lelaki itu dan dia minta maaf pd saya tapi masalahnya dia tetap tak boleh janji nak lupa kan isteri saya.

Assalamualaikum min, tlg hide profile saya ye. saya ingin minta pandangan teguran, dan nasihat. saya hampir berdiri rumah tangga hampir 6 tahun. anak 2 orang. Isteri saya orang yang baik dan lemah lembut, kadang2 angin jugak tapi saya masih boleh sabar.

Kisahnya pada tahun lepas isteri saya curang pada saya dengan lelaki bujang di tempat kerjanya. saya rasa pelik kenapa dia berlaku curang padahal saya tiada perempuan lain.

Dia bg alasan dia saya tidak pernah mendapat layanan dan caring macam budak lelaki bujang itu buat dan tawar hati pd saya. tapi isteri saya minta maaf pd saya atas kecurangan dia.

tetapi dia masih contact dengan lelaki itu alasan kerja.masa di rumah kdg2 isteri senyap chat dengan lelaki itu.

Masalahnya saya dah berjumpa dengan lelaki itu dan dia minta maaf pd saya tapi dia tetap tak boleh janji nak lupa kan isteri saya. lelaki itu budak yang baik dan alim.

tetapi dengan isteri saya dia tewas. isteri saya tak nk kehilangan saya sebab saya seorang yg penyabar dan rapat dgn anak2. segala hal anak saya uruskan. Saya bukan la seorang suami yang romantik.

tetapi lepas kejadian itu isteri saya kata saya berubah 360 darjah. saya menjadi suami yang dia inginkan. jika saya macam ni.. dia tidak akan terima lelaki lain di dalam hatinya.

Isteri saya kata pada saya ketika ini dalam hati dia ad dua orang lelaki iaitu saya dan lelaki bujang itu.dua2 dia sayang tapi saya msh tidak boleh terima dan rasa tercabar.

Lelaki itu susah nk move on sebab dua dah suka. Kalo ikut kan hati saya nk berpisah tetapi isteri saya tak nk saya sebab lelaki itu tidak penyabar macam saya.

Saya pelik lelaki itu sanggup buat apa sahaja jika isteri saya suruh membuat sesuatu. Saya selalu Tanya isteri sampai bila nk ada dua orang dlm hati.. isteri saya pun tak tau sebab dah tersuka.

isteri saya layan saya dengan baik. Tetapi saya rasa macam orang bodoh plak kalo teruskan hubungan ini sebab saya rasa tak bahagia. jika orang lain tengok kami macam orang bahagia padahal tidak.

isteri saya akan utamakan saya daripada dia.adakah saya perlu bersabar atau sebaliknya? Isteri saya pernah kata dia akan lupa kn lelaki itu bila lelaki tu ada pasangan hidup atau dia keluar dari tempat kerja isteri saya. Harap kwn2 mngkin ada kes macam saya ini dan apa perlu saya buat? terima kasih.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top