Masalahnya sekarang aku  banyak kali mimpikn Hamka walaupun selepas kawin tapi terus istifar banyak2 aku sangat sayang lagi suami

Assalamualaikum pembaca semua. Selama hampir 15 tahun aku simpan rahsia hati aku ni. Walaupun kisah ni akan membuka aib aku dan pihak2 tertentu, aku teruskan juga. Bukan hampa kenai aku pun kan? Ini kisah aku, si pendosa.

Aku Alia (semestinya bukan nama sebenar la kan? nak m4ti etak nama betul) Aku dah hampir menjangkau usia 40 siri dah lagi beberapa tahun. Kisah aku bermula sejak aku jatuh cinta dengan seorang lelaki ni.

Kami berkenalan di sebuah universiti. Namanya Hamka. Aku sama jurusan dengan Hamka. Aku jatuh cinta sebab perwatakan Hamka ni sendiri, dia yakin, berani, boleh jadi imam.

Dia juga kacak orangnya. Dari berkawan aku dan Hamka jadi pasangan kekasih tapi kami rahsiakn hubungan dari rakan2 ( atas desakan Hamka sendiri) Kemudian kesilapan aku bila kami terlanjur.

3 tahun bercinta, tak terkira berapa kali aku terlanjur dengan Hamka (Allahurabbi bila ingat balik banyaknya dosa aku) Di semesta akhir uzvr aku lewat datang, waktu tu aku dah cuak dalam 0tak aku ni cuma fikir aku pregnant je.

Bila aku bagi tau Hamka, dia suruh aku pergi klinik buat check out. Dia suruh aku pergi sorang sebab dia sibuk. Aku tebalkn muka pergi klinik swasta sorang2 waktu tu.

Ternyata aku pregnant. Rasanya aku dah tak mampu bernafas dengan betul bila tahu keputusan tu. Aku bagi Hamka, aku ajak dia nikah, walaupun sembunyi2 aku sanggup sebab aku rase aku betul2 sayangkan dia.

Tapi dia tak nak, kami muda lagi alasan dia dan kami belum habis belajar lagi. Betul kata di waktu tu, cuma aku fikir aku lambat matang. Hamka minta aku gvgvrkan.

Dia cakap kalau aku gvgvrkan kandungan pun dia tetap takkan tinggalkan aku. Aku turutkan kata2 Hamka. Merata rata kami cari klinik yang mampu gvgvrkn baby. Akhirnya jumpa, tapi perlu kos hampir 3k.

Aku tong2 dengan Hamka untuk bayar kos tu. Habis duit ptptn aku (bertambah lagi dos4 aku guna duit ptptn buat benda salah) Tapi bila masuk semesta baru Hamka minta balik 70% dari duit yang dia bagi aku tu.

Dia cakap dia banyak nak guna duit. Aku bagi juga la duit ptptn aku. Bulan tu juga aku bagai dihempuk batu bila Hamka minta putus. Dia menangis kol aku cakap dia dah tak ade perasaan kat aku tapi aku b0d0 lagi masa tu,

aku merayu2 dia jangan tinggalkn aku, aku Lost giler sampai aku drop.
Satu ayat dari Hamka yang buat tersentap adalah “saya pun nak isteri dari golongan perempuan yang baik dan tak pernah kena sentuh, saya tahu saya bukan baik sangat,

tapi saya lelaki biasa, saya pun nak anak2 saya dari perempuan baik” Aku B0d0 waktu tu, sampai aku terkandas study. Merayau la aku cari kerje berbekalkan SPM. Family aku tak tahu sebab aku berhenti belajar.

Mak aku kecewa, aku tahu tu. Waktu umur aku 26, aku dengar kawan2 lama aku bagi tau yang Hamka dah nak kawin, bakal isteri dia, dia kenal waktu dia sambung degree. Aku dah redha sebelum tu dan InshaAllah selamanya.

Mungkin dia dah bertaubat dan sebab tu dia dapat isteri yang baik, cantik dan bijak. Waktu tu aku masih terkapai makan gaji untuk hulur kat mak ayah aku sebagai balasan sebab aku tak mampu bagi segulung ijazah.

2 tahun kemudian aku kenal seorang lelaki, Alif. Sbelum ni ada juga yang try tackle aku, tapi aku malas nak layan tapi dengan Alif ni aku rasa lain. Bukan bermula dengan perasaan cinta tapi aku selesa dengan dia, cara dia borak cara dia dengan family dia, aku suka.

3 tahun berkawan dengan Alif, dia kemudian melamar aku. Aku masih teragak nak terima dengan diri aku yang tak suci. Aku kira aku tak layak untuk mana2 lelaki pun.

Bila aku bagi tau Alif cari la perempuan lain yang lebih baik dari aku. Dia jawab “kita ada sejarah masing2, tapi tak perlu kita ungkit. saya pun belum tentu baik tapi saya nak jadi baik bersama2 awak” 5 tahun berkahwin kami sekarang ada sepasang anak.

Yang pertama lelaki umur 4 tahun. no 2, perempuan 2 tahun (ini girlfriend sepenuh masa Alif, aku peluk laki aku pun dia tak bagi) Sekarang aku pregnant no 3, j4ntina belum tahu lagi.

Aku bersyukur sangat berkahwin dengan Alif, walaupun tak lah hensem mana tapi dia seorg ayah yang sangat2 baik untuk anak2. Masalahnya sekarang aku  banyak kali mimpikn Hamka walaupun selepas kawin tapi terus istifar banyak2 aku sangat sayang lagi suami aku cuma aku tak tahu kenapa masih ada mimpi tu.

Minggu lepas aku terjumpa kawan lama. Borak2 psl kawan2 lain, kawan aku keluarkn cerita pasal Hamka, Hamka antara kawan yang berjaya. Kerja hebat, gaji besar tapi katanya Hamka belum ada zuriat sampai sekarang.

Lepas borak dengan kawan lama aku tu la aku teringat kisah lama aku.  Tetiba rindu dengan Hamka membuak2. Setiap saat aku fikir dan rindukan dia, tapi aku sayangkan suami aku. Sampaikan aku dah mula stalk fb dia.

Bila isteri dia pos gambar2 mereka, aku jadi marah dan sakit hati dan dalam masa yang sama, aku doakan mereka bercer4i dan Hamka balik ke pangakuan aku, sampaikan bila bersama suami, aku terbayangkan Hamka,

ya Allah berdosanya aku. Macam mana nak lupakan Hamka kalau dia selalu hadir dalam fikiran aku. Rindu padanya makin membuak buak.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top