Assalamualaikum min…min aku ni bini orang anak dah tiga. suami aku ni boleh dikatakan betanggungjawab lah juga tapi aku tawar hati la min. mungkin sebab dah lama kot kami jadi laki bini. aku bosan la min..
hubungan int¡m ok2 je aku layan je sebab sd4p, tapi perasaan nih aku tawar hati. dah lama dah benda ni. tiap kali aku mintak cerai die mengelak taknak ceraikan aku.
tapi kan min laki aku ni ade simpanan kwsp tau bila dah pencin nanti banyak la duit die ratus ribu tau…nama pewaris dia letak nama aku dengan anak2 kadang bila fikir pasal ni serba salah pulak nak becerai..
Masalahnya sekarang masa lepas aku lahirkan anak pertamaa aku bekenalan dan telanjur dengan sorang lelaki ni die pemuzik kat tempat kawasan aku tinggal ni umah kita orang pun tak jauh. mak bapak die pun aku kenal.
dia dlm 40an tapi masih belum kawin dia jaga mak ayah dia. macam mana entah die boleh wasap aku nak kenal bila dah melayan nih lama2 jadi suka pulak sampaikan kami dah terlanjur. Die caring min.
hari2 duk wasap aku hantar gamba die tengah jamming gamba ape yang dia makan boleh dikatakan hari2. ape aktiviti die mesti bagitau aku. ari tu die sanggup tunggu aku depan sekolah masa aku ambik anak sebab nak balik sesama dengan aku.
Aku tengah menaip ni pun die dh wasap aku nih mesti dh bangun tido tu. Tapi min. hidup dia min takde la senang macam laki aku, tapi aku sayang dia min. dia handsome dn baik. bawang2 boleh tak bagi pendapat. kalau kena dengan nasihat saya nak ambik keputusan untuk bekawan je dengan dia.