Paling menyakitkan lagi hati saya bila saya dapat tahu suami belikan baju yang sama pattern di butik yang sama dipakai oleh saya untuk diberikan kepada perempuan itu

Salam admin. tolong hide nama saya.agak lama juga saya terfikir nak luahkan nak juga minta pendapat daripada pendam sorang2. Benda nie jadi waktu bulan puasa baru nie.

saya baru berkahwin dengan suami setahun setengah dan juga baru lepas melahirkan anak tahun lepas. lepas saya solat subuh terdetik di hti saya nak check hp husband yg tengah nyenyak tidur.

terkejut sangat bila saya buka hp dia saya tengok rupanya dia masih lagi berhubung dengn bekas kekasih dia yang juga merupakan seorang janda anak dua. hanya allah sahaja yang tahu perasaan saya waktu itu.

menggigil saya baca wassap tu min. lagi menggigil bila saya nampak janda tu siap hantar gambar selfie mereka berdua dalam kereta. saya ingatkan hubungan mereka sekadar dalam telefon.

rupanya dah berjumpa di luar tanpa pengetahuan saya. Paling menyakitkan lagi hati saya bila saya dapat tahu suami belikan baju yang sama pattern di butik yang sama dipakai oleh saya untuk diberikan kepada perempuan itu.

padahal suami berkira2 sangat nak belikan baju baru  untuk saya sepanjang perkahwinan kami. perkataan i love you i miss you naik muak saya baca dalam telefon dia.

silap saya sebab terlalu percayakan dia smpai2 saya dh tak pernah check lagi hp dia beberapa bulan sebelum terjadi.. tanpa berfikir panjang sya nekad nak keluar dari rumah dan bawa lari anak saya yang baru berusia 8 bulan.

tapi saya sempat call dan beritahu mak mentua saya dahulu akan apa yang terjadi.. mak mentua halang saya dari pergi sampai sanggup datang ke rumah kami untuk settelkan hal kami.

tak sampai sejam keluarga mentua datang.. saya perasan mak dan ayah mertua saya nampak sedih dan sebak mungkin tak sangka benda macam nie akan berlaku dalam rumah tangga saya. bila mereka sampai.

saya baru kejutkan suami saya yang tengah nyenyak tidur.. terkejut dia tengok mak ayah dia ada di ruang tamu padahal time tu pkp tak boleh rentas negeri.

Keluarga mentua saya slow talk dengan husband smpai husband pun nampak menyesal gila lepas ap yang dia buat selama nie. saya terima suami saya semula sebab tak sanggup nak pisahkan dia dari anak saya.

Tapi dalam hati saya terlalu sakit dan dendam sampai sekarang. hari2 saya penuh dengan kemusykilan dan syak wasangka terhadap suami saya sendiri. saya terbayang2 kan muka janda tu dengan semua yang terjadi sehingga sekarang.

sudah 5bulan berlalu dan saya juga hamil anak kedua. perasaan sakit dan dendam saya masih belum hilang dan buatkan saya rasa tak tenang. Apa betul ke tindakan saya terima suami saya semula tindakan yang betul?

suami taknak lepaskan saya sebab dia sayangkan saya dan anak. dia pun sendiri tak tau kenapa boleh terjebak dengan bekas kekasih dia yang baru sahaja bercerai mengadu kasih pada suami saya. Macam mana cara ya untuk saya relakan hati saya lupakan semuanya?

tapi semakin saya lupakan. semakin terasa sakit di hati saya.Sekarang suami saya betul2 berubah daripada dulu yang tak pernah kisahkan saya menjadi lelaki yang sangat bertanggungjawab dan ambil berat pada anak dan isteri. Terima kasih admin.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top