Pernah masa raya gaduh sebab nak guna duit dia untuk bagi kat menakan aku tapi suami cakap takkan semua nak suruh aku tanggung

Salam min, hide fb aku. Aku just nak luahkan apa yang terbuku dalam hati. Kalau boleh nak mintak pendapat dari follower krt semua. Aku dah berkahwin selama 7 tahun. Anak dah masuk 4 orang.

Aku kawen dengan sorang penjawat awam yg boleh dikatakan berpangkat besar. Aku just sorang seller online yg memang berm4ti m4tian bekerja untuk sara anak2 aku.

Cerita dia macam ni, laki aku ni cukup berkira kalau aku minta duit lebih untuk anak2. Mungkin dia nampak aku dah berduit sebab alhamdulillah hasil dari online aku dapat buat duit sendiri. Takdelah semewah orang lain.

Setakat nak beli apa2 utk diri sendiri tu boleh. Tapi tulah, bila masuk je gaji, nk mintak lebih untuk anak2 cukup berkira. Lebihkan family dia dari kami anak beranak. Padahal aku banyak topupkan yg mana tak cukup dalam rumah.

Ada time sale aku down nak jugak merasa duit suami. Tapi org berkira macam kita ni org luar. Bukan aku nk jeles dengan family dia tapi aku pun ada hak. Minggu lepas aku kena pukul min sebab bersuara pasal duit.

Pec4h bibir aku, lebam sana sini, hampir patah tulang peha aku kena sep4k. Kena teraj4ng depan mak ayah dia n depan anak2 aku. Sakit min. aku rasa dunia aku gelap jap. Sampai tahap aku dah rasa nak give up dengan semua.

Memang aku akui aku kereta pun tak reti nk bawak, jauh dengan family. Duduk sini macam menumpang. Nak pergi sana sini susah ank takde org jaga. Nk buat lesen pun takde org nk tolong jaga anak.

Dunia aku just dalam rumah dengan anak2. Tak macam dia lepak sana sini dengan member. Kalau ikutkan memang aku nak balik, mak aku nak datang ambil tapi sekarang kena lockdown pulak.

Dugaan betul. Laki aku ada datang pujuk, peluk2 n mintak maaf, tapi entahlah aku rasa jiwa aku kosong. Dah terbiasa, lepas maaf buat lagi dan lagi.

Bukan baru sekali dah banyak kali kena sep4k ter4jang. Tapi yg minggu lepas paling teruk. Sampai rasa nak pitam. Aku fikir anak2 je. Sekarang aku tak tahu apa yg patut aku buat.

Pernah masa raya gaduh sebab nak guna duit dia untuk bagi kat menakan aku suami cakap takkan semua nak suruh aku tanggung. At the end lepas gaduh dia terus tido and beraya kat rumah mak dia,

aku sorang2 kat rumah dengan anak2 tanpa baju raya, tanpa juadah raya. Dah la jauh dgn family sedara mara pun takde kat sini. Aku pernah laa nk buat report, tapi aku takut jejaskan karier dia.

Aku ni masih lagi ada belas kesian sebab dia bapak anak2 aku. Aku cuma nak minta pendapat macam mana nak ubah orang macam ni? Atau dah memang takde jalan dah? Ada penyelesaian terbaik ke sebelum aku ke mahkamah? Macam mana korang berdiri after penceraian?

2 thoughts on “Pernah masa raya gaduh sebab nak guna duit dia untuk bagi kat menakan aku tapi suami cakap takkan semua nak suruh aku tanggung”

  1. Wow, marvelous weblog structure! How long have you ever been blogging for?
    you made running a blog look easy. The full look of your
    website is great, as neatly as the content material!
    You can see similar here sklep internetowy

  2. Hello there! Do you know if they make any plugins to help with
    Search Engine Optimization? I’m trying to get my blog to rank for some targeted keywords
    but I’m not seeing very good success. If you know of
    any please share. Cheers! You can read similar blog here: Ecommerce

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top