Assalamualaikum warga krt mohon admin hide profile saya. maaf cerita saya agak panjng supaya semua nye jelas apa yang saya cuba sampai kan. Saya ada sesuatu nak share dan minta pandangan orang ramai.
mungkin akan ada yang mengencam saya. Saya baru berkhawin 4 tahun. ada dikurniakan 3 orang anak dan sedang mengandungkan anak yang keempat. saya ada masalah rumah tangga setelah 4 tahun kami berkhawin.
Suami selalu abaikan nafkah saya. saya bekerja untuk tampung perbelanjaan yang kurang.. gaji suami kecil je. Semenjak kami kawin suami tak pernah imam kan saya, tak pena solat.
segala jenis ilmu agama tak pernah dia ajar kepada saya.. suami pernah kantoi mesej luc4h dengan orang lain, saya da bagi dia peluang tok berubah.
Ujian yang sangat berat untuk saya apabila adik kandung saya sendiri membuka mulut apabila suami saya pernah menc4bul nye. saya tak tahu nak terima situasi itu macam mane. dia tak nak mengaku.. dia hanya diam kn diri apabila disoal.
Saya telah ke pejabat agama untuk kaunseling tapi dia tak nak bagi kerjasama. Jadi disini mula la saya main aplikasi michat untuk mencari info bagaimana suami orang berjaya menipu istri2 nya..
kerana info dari saya yang bermain aplikasi ini kebanyakan nya adalah suami orang. Sampailah akhirnya niat saya telah berubah cara saya berkenalan dengan seorang lelaki yang juga suami orang.
Pada awal nya hanya untuk mencari kepastian cara dia menipu istri, tetapi saya telah berubah arah. Perkenalan semakin rapat dan akhir nya dia mengajak saya berjumpa..
setelah didesak akhir nya saya akur dan berjumpa dengan dia dan kami terlanjur. saya akui saya melakukan ini semua kerana saya sangat mara kam suami saya yang telah buat hal dari dulu lagi.
ini adalah 1 titik hitam apabila dia telah mengoda saya dan melakukan hubungan terlarang. silap saya kerana tak dapat mngawal keadaan dan menolak dari melakukan perkara tersebut.
Sejak dari itu saya masih berhubung dgn nya tetapi tidak lagi melakukan hal itu. hanya melalui telefon. Akhirnya kantoi dengan suami yang saya telah melakukan hubungan dengan suami orang tetapi kejadian ini berlaku bulan 2,
dan kantoi dgn suami pd bulan 5. suami saya mara yang teramat sangat hingga tak mau bercakap dan ingin menceraikan saya.. saya sangat2 mnyesal kerana saya terlampau ikotkan mara saya terhadap dia.. jadi saya berslh dn dia pun bersalah..
Semua yang berlaku adalah berpunca dari dia.. saya tetap bersalah kerana berbuat lebih teruk lagi. sekarang saya menyesal dan ingin bersama semula dengan suami.
musim pendemik ni suami tak ada kerja dan mse itu saya disahkan hamil ank ketiga tp suami enggan mengaku ni adalah ank nye kerana ats berbuatan saya itu. Kandungan baru nk masuk 2 bln.
Saya tersangat yakin ini nadalah d4r4h daging nye.. setelah itu suami mendapat tawaran kerja.. rezeki ank.. dan sekarang suami selalu outstation ke kl..
Baru awl bln 6 ini dia ke sana.. saya tak sdp hati dan buat copy msj wasap suami.. dan dia kantoi chat bersama perempuan lain lagi. jadi saya nk minta pendapat ap ptot saya buat.
Saya da sedaya upaya pujuk suami untuk berbaik. masing2 perlu diberi peluang tapi suami keras kepala dan ikot kan hal sendirii.. ikot kan hati mara saya juga ingin failkn penceraian wlapun saya juga salah. Tapi saya tengah hamil skrng.
saya cume ingin kn keluarga saya bersatu semula. da ajak ke kaunseling tp suami enggan. hope sangat membantu. saya da buntu.