Masalahnya Suami Abaikan gambar yang saya post walaupun saya bersiap cantik2 katanya saya terlalu mengada dan terlalu nak kan perhatian macam budak2 baru couple.

Assalamualaikum admin. tolong hide profile saya. Saya baru 2 tahun 5 bulan kahwin. Dikurniakan seorang anak umur 1tahun 4 bulan. Selama ni saya bekerja bantu suami.

Tapi sekarang saya dah tak kerja dan sedang mengandung 4 bulan. Sekarang saya banyak memendam rasa. Apa yang saya teringin atau mengidam banyak yang saya diamkan.

Kisahnya Baru2 ni kami suami isteri bergaduh sebab duit beli barang dapur tak cukup. Bukan saya terlalu demand. Saya pergi beli barang dapur tanpa dia sebab dia bekerja dan pergi dengan kedua mertua saya.

Jadi budget yang sepatutnya lari. Punca yang kecil membawa ke besar bila saya jadi sangat2 emosi dan sangat2 terasa hati bila suami selalu keluar ayat memperlekehkan saya yang hanya tahu meminta dia sedangkan saya tidak bekerja.

Dia asingkan duit gaji dia untuk hobi dia beratus ringgit tetapi barang dapur yang menjadi tanggungjawab dia, dia berkira. Katanya saya tiada hak untuk persoalkan gaji dia. Selama ni saya tak pernah larang dia dengan hobi dia.

Tapi kali ni sampai berkira makan minum mak abah sendiri dan anak isteri sendiri, saya jadi sangat2 emosi dan ikutkan perasaan semua saya ungkit apa yang saya bantu dia sebelum ni.

Semua benda nampak salah bila kita panas hati. Habis semua bagaikan flashback dekat otak saya. Sampaikan saya teringat2 setiap komen dan chat dia bersama perempuan lain walaupun tidak membawa ke unsur2 curang, tapi saya terasa hati sebab suami selalu abaikan WhatsApp saya.

Abaikan gambar yang saya post walaupun saya bersiap cantik2. Saya tuduh dia ada perempuan lain sebab saya terlalu emosi tetapi saya dah minta maaf. Suami marah dia kata saya cemburu buta.

Tapi salahkah saya untuk cemburu dengan suami sendiri? Suami kata saya terlalu mengada dan terlalu nak kan perhatian macam budak2 baru couple. Salahkan seorang isteri dambakan perhatian dan kasih sayang suami?

Cinta tu bagi lelaki memang hilang selepas nikah ke? Mohon semua bagi kata² nasihat kepada saya. Sekarang saya rasa saya gagal sangat sebagai seorang isteri.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top