suami ada datang jumpa saya dikampung untuk minta duit. Saya hanya mampu hulurkan rm 50 sehaja. Masalahnya sekarang saya sudah 2 hari lewat datang bulan.

Hai.nak minta pndpt. Pinjam FB kawan. Saya berkahwin tinggal ikut suami. Mertua dah tiada. Saya bekerja gaji 1500 saja. Ada anak 3 orang. Suami kerja tak tetap. Kerja sendiri saja. Kadang tak dah kerja duduk rumah tidur.

Dulu sebelum kahwin rajin bagi saya duit hinggala 3 bulan kahwin. Lepas tu suami tak bagi duit dah. Belanja rumah saya yang tanggung. Bila suami dapat kerja tak bertahan sebulan dua bulan.

Bila ada kerja barula suami bagi duit nafkah. Saya dah banyak kali cakap saya ada hak, awak kena bagi saya nafkah walaupun saya bekerja. Berbuih dah cakap sampai saya tak kisah dah suami bagikah tak.

Urusan sekolah anak2 saya juga yang urus. Saya pernah minta cerai dengan suami sebab tak tahan menangung semua perbelanjaan. Kekadang saya malu nak pinjam adik beradik. Adik beradik walapun belum berkahwin tapi saya malu.

Tidak lama kemudian saya disahkan mengandung anak ke 4 saya bagitau suami dan suami gembira hati saya gembira ada sedih pun ada. Saya cuba pujuk suami, carila apa sahaja kerja untuk tanggung sekeluarga.

Kalo harapkan saya seorng anak dah nak bertambah nanti saya tak larat. Suami cakap iya iya sahaja seperti biasa.  Sampai satu tahap, saya jadi tekanan bila suami cakap makanan tak cukupla, hari2 makan telurla, hingga susu anak pun saya tak ada duit nak cari. Nasib anak saya tak memilih.

Paling menyedihkan seminggu  anak saya terpaksa menyusu kopi hitam dan gula sementara tunggu gaji. Sejak berbadan dua ni saya kekadang jadi sakit kadang tak kerja.

Suami pula asyik tanya kenapa tak kerja, saya bagitau suami saya nak berhenti kerja, saya penat dengan alahan mengandung lagi. Suami marah kalau saya tak kerja tiada yang nak beli makanan..

saya makan hati dengan kata2 suami, saya cuba berfikiran positif saya ingat kebaikan suami tolong hantar dan ambil anak sekolah. Saya jadi takut saya tak dapat tanggung 4 orang anak nanti termasuk suami saya.

Saya jadi susah hati bagaimana saya nak sekolahlahkan anak saya kalau saya tak cukup duit. saya hantar anak ke taska biarpun terpaksa saya bayar. Nasib anak saya sulung saya sekolah diasrama.

Saya jauh daripada keluarga ibu dan ayah saya. Dan mereka tak pernah tahu pun keadaan rumahtangga saya sebab saya selalu menjaga nama baik suami.

Lama kelamaan saya jadi stress dan sedih sampai satu tahap saya rasa menyesal mengandung anak keempat. saya takut saya tak dapat tanggung sekolahkan anak2. Tekanan yg saya dapat mengakibatkan saya keguggvran.

Semasa saya kegugvran suami langsung tak pedulikan saya hingga saya pengsan. Sedar dari pengsan saya tiada tempat minta tolong saya call kawan saya untuk hantar saya ke hospital. Sepanjang saya dalam wad suami langsung tak datang melawat.

Bila saya tanya dia kata sibuk tolong kawan dia. Saya cuma tinggalkan pesanan tengokkan anak sahaja. Saya masih berfikiran positif mungkin dia tak datang melawat sebab jaga anak kami yg 4 tahun.

Dua hari saya diwad, tiada siapa datang tengok melawat saya walaupun ipar2 saya kecuali cikgu taska tempat ank saya ada dtg melwat. Bukan saya minta dilawat pun tapi saya sedih sangat. Dan saya terpaksa telefon ibu bapa bagitau mereka tentang keadaan saya.

Sebaik saja ibu tahu keadaan saya, adik beradik saya terus datang tengok saya dihospital. Dorang datang dari jauh dari tempat saya tinggal. Selepas saya keluar wad, saya balik ikut ibu dan nak berehat berpantang. Saya bawa anak sekali.Suami tinggal.

Seminggu saya berehat dikampung, suami tetiba call minta duit nak beli tayar motor. Saya kata tak da duit. Suami m4ki saya dalam telefon macam mana dia nak cari kerja motor rosak. Saya m4tikan call dan saya tak hubungi suami lagi.

Saya call suami bila anak nak bercakap dgn suami. Dengan keadaan saya ditimpa kesusahan macm begini macam2 saya fikir. Ibu saya kesian tengok saya ibu suruh saya balik kampung tinggal dengan mereka.

Cari kerja dikampung, Anak sekolahkan dikampung senang mereka boleh tengokkan sebab dikampung tinggal ibu dan ayah saya tinggal. Adik2 bekerja diluar dr kampung.

Saya nak juga tapi bila saya fikirkan balik dengan keadaan saya sebelum ni, suami tak bekerja, pem4las, dan macam2 lagi saya jadi takut kalau ibuayah saya tahu keadaan saya. Saya jadi malu kalau mereka tahu keadaan rumahtangga saya yang sebenar.

Saya dah bagitahu suami nak bawa suami balik kampung tapi suami mesti cari kerja mesti berubah. Saya bergaduh dengan suami, suami tak nak ikut balik, saya dah tak tahan, saya nak minta cerai.

Suami m4ki2 saya Apa perlu saya buat? Balik kampung dan cari kerja dikampung Atau terus tinggal dibandar dgn suami yg tak bekerja.. jadi takut saya hilang akal dan jadi gil4. Bulan lepas suami ada datang jumpa saya dikampung untuk minta duit.

Saya hanya mampu hulurkan rm 50 sehaja. Masalahnya sekarang saya sudah 2 hari lewat datang bulan. Saya risau kalau mengandung lagi. Patutkah saya ajak suami tinggal disini.? Saya buntu sangat.

3 thoughts on “suami ada datang jumpa saya dikampung untuk minta duit. Saya hanya mampu hulurkan rm 50 sehaja. Masalahnya sekarang saya sudah 2 hari lewat datang bulan.”

  1. Hi! Do you know if they make any plugins to help with Search Engine Optimization? I’m trying to get my blog to rank
    for some targeted keywords but I’m not seeing very good gains.
    If you know of any please share. Many thanks! You can read similar blog here: Najlepszy sklep

  2. Hey! Do you know if they make any plugins to assist with SEO?
    I’m trying to get my website to rank for some targeted keywords but I’m not seeing very good results.
    If you know of any please share. Many thanks! I saw similar art here: Backlink Portfolio

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top