Suami mula kata yang saya punca semua sebab saya pembawa si yal dia cakap macam tu sebab menurut tilikan datuk dia saya ni pembawa si yal yelah keturunan dia je pembawa tuah

Asslamualaikum min. Tolong hidekan profile saya ya. ceritanya mcm ni min. 20 tahun dah pendam perasaan, semua berpunca dari sikap suami dan keluarga suami. suami saya jenis org yang keras kepala, ego tinggi, tak semua cakap dia saja betul. bayangkan masa saya mengandung dia boleh kasar dengan saya tupun sebab saya jalan slow turun tangga. masa tu bergegas ke hospital nak melawat adik dia yg kemalangan masa buat kerja parang tejatuh ngam2 pulak landing dekat kaki dia. suami saya marah katanya cepatlah jalan, saya jawab sabarlah tapi suami balas dengan perkataan yang memang bt hati saya hancur.

Dia kata saya sanggup cerai awak dari tengok adik saya ma ti. Kalau korang dlm situasi saya korang pun akan rasa hilang semangat. saya gagahkan juga kaki saya melangkah dengan berlinangan airmata. suami sikit pun tak ada rasa kesal. sampai je dekat hospital tengok2 adik dia yang nak ma ti tu sihat walafiat. takdalah uzur sgt.. dulu2 saya tak berani lawan suami. menjawab pn tak. saya pernah dicekik, dipukul masa mengandung. bila dh ada anak anak pulak jadi mangsa. umur 2 tahun dah rasa penampar ayah dia. Sampai la saya dapat anak ke-5. kami 6 beranak tekanan sangat. kalau dia ada dekat rumah rasa macam tekurung dalam nera ka. bila dia takda kami semua happy.

nak dijadikan cerita sampai lah masa dia kena buang kerja masa ni lah tekanan dari family dia pulak datang. untuk pengetahuan sebelum2 ni family dia takdalah bg tekanan bnyk mana pun dkt saya. Dorang baik2 je. Tapi yela msa nak kahwin dgn suami dulu dorang tak berapa brkenan sbb saya budak bandar. dorang anggap budak bandar ni akhlak tak baik. anak dah berkenan dorang terima jela. saya jadi menantu dorang dari adik2 ipar saya kecik2 lg (suami anak kedua,anak pertama meninggal)). masih hidup miskin. nak sekolahkan anak punyalah susah. Nak hantar anak masuk U sampai pinjam dekat pinjaman wang berlesen. Ok berbalik kepada cerita di buang kerja, bila suami dah takda kerja dia menganggurlah hampir 5 bulan (pusing2 dh cari kerja tapi tak dapat). Kami pun ada duit simpanan sikit tapi tak lama bertahan. maintenance rumah bil air sekolah anak2 bil api pun kena bayar.

Bila duit dah takda nak bayar semua mulalah episod baru hari2 gaduh. Keluarga saya bukan org senang dorang memang tak dapat tolong dari segi kewangan tp doranglah yg selalu hantar makanan dekat kami belikan keperluan sekolah anak2. keluarga suami dah jd org senang rumah usang pun dah betukar jd banglow maklumlah anak2 dah besar dah dapat kerja baik2 tapi sedih bila suami minta tolong jawapan yg dibagi kami takda duit. wahai adik2 ipar walaupun abang kamu tu takdalah baik sangat tapi pengorbanan dia dan jasa dia bantu orgtua kamu sekolahkan kamu sangat besar. Bila kamu dah berjaya dah senang tapi kamu kedekut nak bagi sedikit harta kamu untuk bantu abang sendiri. bila bebanan dah terlalu berat suami pun lepas beban dekat anak isteri.

Suami mula kata yang saya punca semua sebab saya pembawa si yal dia cakap macam tu sebab menurut tilikan datuk dia saya ni pembawa si yal yelah keturunan dia je pembawa tuah saya je pembawa si yal. Satu hari family dia plan pergi bercuti memandangkan duit tak ada anak2 pulak masih kecik mesti nanti anak2 cemburu tgk sepupu2 dorang beli sakan, psaya pun tak ikut. Saya suruh suami je pegi dgn anak sulung anak kedua. saya dgn 3 org lg anak tinggal. rupanya percutian dorang tu jd bale buat saya. tiba2 je family suami benci dekat saya. bukan setakat family dia sepupu sepapat dorang pun benci. tak tau apa salah saya.

Adik ipar saya sampai buruk2kan saya dekat orglain..dengan bangganya dia kata kalau setakat cari bini ni senang berapa pun abang dia nak dorang boleh cari..
kalau abang dia ceraikan saya family dia akan bagi kesenangan dekat suami saya. saya pun tak tau dimana salah saya. tapi Allah tu maha adil,rupanya masa dorang pegi bercuti suami ditanya kenapa saya tak ikut suami jawab jangan tanya kalau orang tak nak ikut tak payah paksa. paksa dia ikut kami cerai!!. sampainya hati suami buat cerita mcm tu sedangkan dia tau saya tak ikut sebab fikir ank2. tak kesian ke dekat anak2 nnt cemburu anak2 adik beradik dia mewah. saya tau saya tak baik mana, pelajaran setakat spm, kerja pun takda tapi kenapa buat saya camtu.

Saya pun bgtau perkara sebenar dekat adik ipar saya dgn harapan dia akan bgtau dkt semua adik beradik dia dkt mk dia bapa dia hal sebenar tp rupanya tak
Makin hari mkin saya dibenci. adik ipar saya tak habis2 burukkan saya. Tak apalah Allah ada. tak lama lepas tu suami dapat kerja. siang kerja bawa lori mlm jd jaga. penat sgt sampai dia tertido masa drive jalan nak balik kerumah. nasib baik tak teruk. suami call saya bagitau dia excident. saya call abang saya call adik saya call mak saya bgtau. sepantas kilat dorang pegi tolong. doranglah yang bawa suami pegi hospital semua bil dorang bayarkan. saya nak pegi tp takda kenderaan, nak naik grab duit pn takda. suami pun cakap tak payah datang
tunggulah dkt rumah sampai suami balik..

Saya tanya dekat suami keluarga dkt kg tau ke? dia kata sudah. adik beradik dia orang terawal dia call msa excident tapi takda jawapan. masa dekat hospital baru adik dia call balik dan datang jenguk. saya diam jela dengar. selang beberapa hari lepas excident mak dia adik2 dia datang ke rumah jenguk. mula2 ok je tibe2 berubah topik pulak. mak dia bukak mulut kata saya yang paksa anak dia buat dua kerja. adik dia lagilah mengata saya, saya ni yg minta macam2 dkt abg dia tak mampu tapi nak juga itu ini. Sebelum balik mak dia siap hempas pintu. Dia buat mcm tu depan anak2 saya. kalaulah dorang tau saya yang tanggung anak dorang selama ni mungkin dorang malu nak mengamuk dekat saya. Sebelum suami hilang kerja saya yg banyak keluar duit nak tanggung keluarga.

Iya saya tak kerja pangkat besar2 tapi saya usaha cari duit, macam2 saya niaga, saya ikut main kutu, hasil tu semua saya simpan. suami tau saya ada simpanan saya dh mampu cari duit sendiri dia takda bg nafkah dekat saya. cukup2 beli belanja dapur. bila saya tanya mana gaji kan rm1500 kenapa bg 300 je. suami kata dia banyak hutang dekat boss kdg ada barang hilang dia kena ganti. saya minta slip nak tgk dia kata takda. saya pun bulat2 percaya. bertahun dia tipu saya. satu hari tu saya nampak slip gj dia dia selit dkt pintu kereta. Dia tipu saya selama ni. saya pun tak puashati saya tanya mana pegi duit tu semua? kalau nak kata bayar hutang2 saya yang tolong bayarkan termasuk ccm kereta. Suami jawab simlpe je kau apa tau aku banyak hutang bukan sorang dua. Aduhai suami sampainya hati buat ank bini gini.

Lepas dari kejadian tu keadaan tetap sama tetap tak bagi nafkah sampai lah hidup melarat takda sesen pun. Selepas kejadian mak dia mengamuk tu saya mesej adik dia bgtau keadaan sebenar yg abang dorang selama ni pukul isteri pukul anak2 tak bg nafkah. sia2 je bgtau dorang tetap backup suami saya. saya pernah mengadu dekat mak mertua suami tipu kata takda gaji tapi sebenarnya dia dah pakai duit tu (gaji kerja bw lori). suami tak berubah2 juga. mak dia boleh jawab kan dia macam2 nak bayar sbb tu takda. Ya Allah mak keluarga saya dh tolong anak mak bayarkan apa yang sepatutnya dia bayar. mak tau tak adik beradik saya kongsi2 sikit sorang nak tolong (pinjam dulu nanti gaji bayar balik). dia nak bayar apa lagi. maka begitulah kehidupan kami terus menerus susah dan saya selalu dicemuh oleh keluarga dia..

Sekarang tahun 2020 datang pulak corona virus melanda. tambah2 bulan puasa pun kita masih lagi pkp. soal balik kg pulak jd isu. semuanya sebab pkpbl ah.boleh merentas daerah bagai. Saya cukup jaga keluarga saya taknak dorang kena. kami dari kawasan zon merah takkanlah nak balik kg dan bahayakan org sana tapi dorang tak dapat terima kenapa saya taknak balik. Fikirlah baik2. Saya mmg bukan menantu yg baik bukan menantu yang gj sampai rm3k-5k,tapi saya menantu yg sekali pun tak pernah melawan dgn mertua, saya jaga anak mak baik2, saya simpan perangai anak mak perangai mak dan adik2 ipar. saya sedar diri saya siapa tap cukuplah mak cukuplah adik2. Saya tak pernah halang anak mak balik jumpa mak jumpa anak2 mak..anak mak yang taknak balik.

kami pun jarang jumpa dia mak. dia sibuk memanjang dekat luar. cucu2 mak pun saya tak larang kalau dorang nak balik tengok mak tapi cucu2 mak yang taknak. dorang nampak apa yang mak dan anak2 mak buat dekat saya. dorang dah besar mak dorang tau mana baik mana jahat. tolonglah mak saya merayu sudah2lah ada prasangka buruk dekat saya. buat para suami2 mulut tu kena jaga jangan sembarangan hambur kata tak baik pasal isteri. Kesannya sangat dalam sekali suami kata tak elok pasal isteri dekat keluarga selama2nya isteri akan dibenci. Selamat hari raya aidilfitri mak, bapa, adik2 ipar. Maafkan saya atas semua salah silap saya terkasar bahasa samada sedar atau pun tak sedar..Saya pun rindu dekat kamu semua tapi keadaan yang buat hubungan kita jadi keruh. MAAFKAN SAYA..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top