Tetiba satu hari suami saya ada perempuan lain dan yang paling saya terkejut perempuan tu adalah janda anak dan 3 saya tak sangka suami saya boleh suka

Assalamualaikum.. minta hide fb saya,saya dah berkahwin 3 tahun lebih dengan suami saya dan mempunyai 2 anak. Tetiba satu hari suami saya ada perempuan lain dan yang paling saya terkejut perempuan tu adalah janda anak dan 3 saya tak sangka suami saya boleh suka dengan perempuan janda yang ada anak 3. setelah saya tahu hubungan mereka saya cuba untuk tenangkan diri namun perasaan saya tak dapat di kawal saya ter fikir untuk bu nuh diri sahaja supaya suami saya bahagia dengan wanita itu.

sebelum kejadian ni saya tahu memang saya selalu mimpi suami saya ada perempuan lain, saya pernah beritahu suami saya yang saya mimpi día ada wanita lain then suami saya cuma ckp itu hanya mainan mimpi so saya abaikan tapi satu hari saya merasa tidak sedap hati dan apabila saya masuk dalam kereta, bau kereta itu sangat lain saya pernah tanya dia kenapa bau kereta ni lain then suami saya cakap biasala tu. Sebenar nya hati saya dah tahu yang dia ada perempuan lain namun saya hanya berdiam sebab saya tak nak hati día tersinggung apabila saya bertanyakan soalan tu.

Lagi satu saya memang perasan dari segi layanan dia terhadap saya and saya hanya mampu berdoa semoga Allah tunjuk semua ni walau pun sakit seperti yang ada dalam mimpi saya. setelah kejadian ni saya tahu tipu la hati saya tak sakit tipu la saya ni tak nangis satu hari dan tipu la juga saya tak makan berhari2. Allah sahaja yang tahu perasaan saya masa tu. namun saya kena kuat untuk anak2 saya, saya berdoa agar hubungan kami suami isteri kekal hingga ke jannah dan saya berdoa andai nya wanita simpanan nya itu adalah yang terbaik maka permudahkan la dgn sebaik nya.

Tapi Allah berpisah dgn saya Allah tunjuk perangai sebenar wanita simpanan itu wanita simpanan itu memaksa suami untk mengawini nya, menuntut janji2 pada suami saya dan mengugut agar beritahu semua cerita2 yang suami saya pernah cerita kat wanita simpanan itu kepada saya. namun saya tak sebodoh wanita itu untuk mendengar cerita nya! walau pun mungkin itu betul namun saya tahu niat wanita simpanan itu untuk bagi rumah tgga saya lagi musnah saya berdoa pada Allah supaya tunjuk apa sebenar nya wanita ini mahukan.

Syukur pada Allah smua nya Allah tunjuk perangai wanita simpanan ini día hanya ingin suami saya tanggung día dgn anak2 nya, yang saya sakit hati día hasut2 suami saya agar tak berbaik dengna saya. namun suami saya tetap pilih saya dan suami saya telah minta maaf dgn saya kerana melakukan perkara yang bagi nya terlampau bodoh. actually saya share cerita ini supaya korang semua sedar sebesar mana pun per gaduh an suami isteri jgn la sekali2 buka aib rumah tgga korang dgn sesiapa pun and lelaki harus la tahu batas pergaulan dgn wanita bukan muhrim sama jugak dgn wanita.

so korang hargai la satu sama lain kerana dgn hanya perkara remeh temeh untk mencari wanita lain bukan la penyelesaian nya namun lagi membesar kan masalah kesian dgn isteri yang penat jaga rumah penat jaga anak korban segala keinginan nya semata2 untuk suami so suami bila nak cari duit cari la duit bukan nya cari wanita lain untuk share problem kesian si isteri kesian si anak. sayangi la keluarga

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top