Assalamualikum admin. Mohon hidekan fake acc saya ya. Saya zati (bukan nama sebenar) berumur 28 tahun bekerja sebagai cikgu di sebuah sekolah rendah dan tidak lama lagi nak mendirikan rumah tangga.
Alhmdulilah, bakal suami saya seorang yang baik dari segi akhlak, berasal dari keluarga baik2 mak ayah dia guru agama dan dia bekerja sebagai ustaz di sekolah menengah.
Tapi saya dalam dilema min, terlalu besar masalah saya sehingga saya selalu di hantui kisah silam saya. Sejujurnya masa saya berumur 16, 17 dan 19 tahun, saya pernah beberapa kali bersama dengan 3 lelaki. Iaitu ex saya.
Allahu, terlalu hina saya min. Saya cari keseronokan dunia dulu, lupa Allah
Terlalu besar dosa saya kalau dikenang balik. Dia berjanji nak nikahi saya, tapi bila dia dah kerja dekat negeri orang dia tinggalkan saya, diam tanpa kata.
Saya berusaha cari dia sampai sekarang saya tak tahu dimana dia min. Saya terlalu b0d0 dulu min. Lepas dari kejadian itu, saya bersumpah yang saya tak kan kenal mana2 lelaki dalam hidup saya sebab saya tak nak kecewa kan sapa2.
Saya bertaubat, saya cari Allah masa saya betol2 down, saya berdosa. Tak dak sapa tahu even family saya sendiri min.
1 tahun lepas saya dikenalkan dengan bakal suami saya ni melalui kakak saya mula2 saya memang tak nak min sebab saya sedar diri dan saya dan bersumpah takkan kenal sapa2 lagi. Tapi mak, family semua berkenan dekat dia.
Saya cuba perlahan2 buka hati untuk dia, dan alhamdilah makin lama makin ada perasaan untuk dia. Dia baik min,selalu nasihat saya, tegur salah saya. Tapi satu je min masalah saya takut nak terus terang tentang kisah silam saya,
perlukah saya jujur dengan dia yang saya ni ada kisah silam? Saya nak tanya pendapat kakak2 abang2 makcik2 dalam ni perlukah saya jujur? Atau diam saja?Tolong bagi cadangan kat saya. Saya buntu min.