Assalmualaikum.. Admin.. tolong siarkan kisah aku ni supaya dapat berkongsi idea dan pendapat macam mana nak tegur MERTUA..! Sebelum tu tolong HIDE profile ya.. aku bukan nak aib kan Mak Mertua sendiri.. cuma aku nak cari jalan penyelesaian.. mcm mana nak tegur dengan berhemah benda yg aku lalui selama ini. Okay.. aku pendek kan cerita lah ye min.. supaya senang faham.. Aku seorang suami baru 2 tahun kawen.. belum ada rezeki anak lg.. kehidupan aku dengan Isteri Alhamdulilah.. bahgia setakat ni..
Aku bersukur sangat dapat isteri yg cantik dan memahami aku… setakat ni tak pernah abaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri.. doakan kami terus bahgia dan jodoh ini berpanjangan hingga akhir hayat.. Okay.. atas tu serba sedikit pengenalan.. yg jadi masalah sampai aku meluahkan perasaan kat dalam KRT ni adalah sikap pengotor mak mertua aku yang aku tak berapa nak selesa.. Mak mertua aku ni baik.. cukup baik dengan aku.. tapi masalahnya bila kat meja makan. pengotor dan “kurang adab”.. mak mertua aku kalau nak cedok lauk ke apa, dia suka guna tangan.. bukannya tak ada sudu dlm mangkuk lauk tu.
Habis sisa sisa makanan yg melekat kat tangan dia tu jatuh dlm kuah mangkuk lauk tu.. sisa sisa kat tangan tu pulak melekat kat lauk tu min. contoh mudah min.. dia nak amik lauk kari ayam.. dia kepak kan ayam tu guna tangan yg dia tengah mkn tu.. lepastu bahgian ayam yg dia dah usik tu, tapi dia tak nak mkn dia letak dalam mangkuk lauk tu balik.. jadi nya lauk tu dah melekat laa dengan sisa sisa makanan dia tu. kalau nak cedok kuah guna sudu pulak, dia suka pegang sudu lauk tu dengan tangan kanan dia.. jadi bila aku nak nak ambil lauk, terpegang sudu tu dah berlendir dgn minyak2 sambal dgn gulai dari tangan dia makan tu.. jadi geli jari aku ni min.
Ada sekali tu masa tengah makan, dia nak rasa kuah asam pedas min macam biasa dia cedok kuah dengan sudu guna tangan kanan lepastu hirup kuah “crott” bunyi dia hirup lepastu letak balik sudu tu dalam mangkuk.. aduhh potong lagi selera. Ada tu pulak, tengah makan nasi panas.. dia nak amik ikan masin.. sampai 3,4 ekor dia usik ikan masin dalam piring tu dengan tangan yg tengah makan tu.. dah usik.. letak balik.. dah usik letak balik dua tiga kali buat mcm tu.. padahal dalam tu semua sama je.. ikan masin juga.. saiz pon sama.. jenis ikan masin pon sama..
Jadi ikan masin yg dia dah usik tu melekat laa sisa sisa nasi dan kuah-kuah lauk tu.. mmg tak laa aku nak amik ikan masin yg dia dah usik usik tu min.
Satu lagi yg buat aku betul betul potong selera min.. aku suka buah tembikai.. sangat suka tembikai.. selalu lepas makan aku akan basuh tangan dulu.. baru aku capai buah tembikai tu untuk makan..
mak martua aku pulak.. lepas makan nasi.. terus usik 2,3 potong tembikai dlm bekas tu.. dipilih-pilihnya tembikai mana satu dia nak ambil.. aduhhh.. apa salah nya.. kalau tak nak basuh tangan dulu sekali pon.. dah usik tembikai yang tu, terus laa amik yg tu makan.. tak payah laa pilih pilih.. usik usik buah yg lain.. aku tak faham betul laa.
Masa mula-mula kawin, bini aku pon mcm ni gak min.. ambil lauk dlm mangkuk guna tangan.. aku tegur.. Alhamdulillah. berubah dah.. elok sekarang bini aku cedok guna sudu dengan tangan kiri.. tak de laa berlendir sudu lauk tu.. Mak mertua aku ni mcm mana pulak aku nak tegur eh..? tu baru satu bab.. ni ada satu bab lagi.. yg paling menggangu emosi aku masa makan.. Mak mertua aku bila makan BERBUNYI BUNYI..! kelecap… kelecap.. kelecap bunyi dia mengunyah min.. apa laa salahnya tutup mulut elok elok masa kunyah makanan tu.. yg lagi tak tahan, masa makan boleh terkentut min.. rasa nak muntah part yg ni..
kalau sendawa tu aku boleh faham lg lah. terkentut ni siap bunyi. prett. prett. prettt..kau rasa. mampu tak kau teruskan makan pada waktu dan ketika itu? tak kan laa aku tengah makan nak terus bla mcm tu je.. mcm kurang ajar sangat nampak nya.. Habis bab makan. bab pingan mangkuk pulak. bila dah habis makan, aku mmg dah biasa terus basuh sendiri pinggan dgn cawan yg aku guna.. sebab mmg aku dari kecik diajar mcm tu.. lepastu masuk pulak asrama, sama juga basuh sendiri.. zaman belajar dan keje duduk rumah bujang pon dah makan, terus basuh sendiri-sendiri punya pinggan (hausemate aku semua faham benda ni) periuk / kuali semua terus basuh lepas masak.
Jadi masalah kat rumah mertua bila lepas makan tgh hari, pinggan tu di biar kan sampai petang.. nak masak untuk makan malam baru dibasuhnya.. lepas makan malam, pinggan tu dibiarkan sampai lepas subuh.. nak masak sarapan baru dibasuhnya.. macam tu laa kitaranya..
Benda tu jadi berbau dalam sinki tu.. tapi aku tak.. lepas aku makan terus basuh pingan dan cawan aku tuh.. kan senang kalau semua buat mcm aku buat tu.. sendiri makan, terus sendiri yg basuh.. tak payah tunggu byk.. nak basuh periuk / kuali pon dah tak byk.. aku pon boleh tolong basuh kan.. tapi kalau dah byk sangat berlonggok mcm mana? macam raja betul yg lain lain tu dah makan tak nak basuh pinggan sendiri.. sedap je letak dlm sink tu..
Mak ayah aku tak ajar aku tinggalkan meja makan selagi tak habis makan (jadi bila aku rasa tak selesa atau kembang tekak masa makan tu aku tahan jer walaupun aku rasa nak lari sangat masa tu).. Mak ayah aku tak ajar aku pilih pilih lauk dalam mangkuk lepas tu letak balik.. Mak ayah aku tak ajar aku cedok lauk dengan sudu guna tangan kanan yg penuh sisa sisa melekat kat jari..
Mak ayah aku tak ajar lepas makan letak je pinggan mangkuk dlm sinki tunggu org lain basuh kan.. aku jadi keliru sekarang ni.
Apa yang mak ayah aku ajar aku selama ni salah ke? macam mana aku nak hadap semua ni? macam mana nak ubah benda ni? atau aku yg kena berubah ikut diorang.? itu saja setakat ni perkongsian aku.. harap dapat laa tolong aku bg cara yang paling lemah lembut dan berhemah macam mana nak tegur.. Tarik rambut dalam tepung, rambut tak putus.. tepung tak berselerak. cara mana lagi nak buat ye..?