Sekarang ni hati saya meronta ronta nak balik ke malaysia untuk selamatkan rumah tangga saya tapi keadaan sekarang ni tak mengizinkan.

assalam min mohon hide profile saya. Saya seorang suami dah mendirikan rumah tangga hampir 10 tahun. masalah saya isteri saya dah tawar hati dengan saya. dan sering minta cerai dari saya. Sebab dia brubah hati kerana mulut keluarga saya yang selalu mengata dia. Saya akui keluarga saya bukan lah keluarga yang baik. dan saya pun membesar tanpa kasih sayang seorang ayah kerana penceraian. Saya sayang dia min. Saya tak boleh hidup tanpa dia.

kami ade 5 orang anak. saya takut sangat penceraian berlaku dalam keluarga saya sebab saya tau macam mane nasib anak2 saya nanti. Dari mula2 perkahwinan saya bekerja keras untuk keluarga. macam2 kerja saya buat. sampai basuh pinggan di warung pun saya pernah buat. Semata mata demi keluarga. saya sayang keluarga saya. 8 tahun sebelum ni kami bahagia sangat. walaupun hidup kami susah tapi kami bahagia. Sejak 2 tahun lepas semua nye berubah bile saya keluar bekerja ke luar negara untuk bagi kehidupan yang lebih baik pade kalauarga saya.

Sekarang ni hati saya meronta ronta nak balik ke malaysia untuk selamatkan rumah tangga saya tapi keadaan sekarang ni tak mengizinkan. kerana covid19. flight saya dibatalkan. bile boleh balik saya pun tak tau. tapi saya rase memang rumah tangga saya macam tak boleh nak diselamatkan. Kalau penceraian berlaku dalam rumah tangga saya. saya tak tau macam mane nak menghadapi nye. Tujuan post ni saya nak minta pendapat pade laki2 yang dah menduda kat luar sana. macam mane korang menghadap penceraian.? macam mne korang move on? kalau boleh kongsi lah pade saya. tq min.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top