salam admin..mohon hide profile aku. aku berkahwin sudah 5 tahun alhamdulilah suami aku seorang yang baik sangat dan ambk berat tentang aku. ya aku akui aku bahagia walaupun aku dengan dia bercinta selepas berkahwin. Aku tinggal bersama mertua dan suami aku dari keluarga yang mempunyai bilangan ahli yang ramai. pada awal nya hubungan kami memang tidak disukai oleh adik beradik kerana aku tidak memegang apa-apa jawatan dan hanya surirumah sedangkan yang lain msing2 ada kerjaya tapi tidak pada aku. masa aku bnyak dihabiskan utk jalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri.
Alhamdulilah aku bersyukur kerana diberi peluang untuk menjalankan tanggungjawab sepenuhnya kepada suami..dan mertua aku jaga seperti ibu aku sendiri dan sebaik mungkin kerana mertua aku adlah mertua yang paling baik yang prnah aku kenali. Ya aku mulai perasan yang adik brdik suami aku seolah tdk mnyukai khdiran aku tapi aku tetap tidak bptus asa utk mngambil hati stiap org sbab bg aku hati mnusia kalau dbalas dengan kbaikan mgkin aku jga akn dpat kbaikan. Tapi aku silap. Kebaikan tak kan dibalas dengan kebaikan dan akhirnya suami tiba2 berubah sikap seolah mbenci aku tnpa sebab.
Sebelum nie aku bermimpi ular dan aku ada baca yang mmpi ular adalah petanda tdak baik tapi aku abaikan krna mganggap itu hnya mainan tdur sehinggalah hubungan kami smkin panas dengan tiba2. akhirnya aku dhalau oleh org2 yang aku snjung. Suami aku dilarikan. ya ini ujian utk aku. Aku tidak dapat menghubungi suami dan alhamdulilah aku juga disahkan hamil tapi sayang aku tidak dpat hubungi suami aku Allah swt hdirkan btap gembira disaat klukaan aku.selepas 2 bulan tnpa khbar berita dari suami akhirnya sepucuk surat smpai dirumah. surat yang paling dtakuti oleh smua org. ya aku sedar aku tdak kuat kerana tarikh untuk ke mkhamh hnya tggal 3 hari shja lagi dari tarikh surat aku dapat.
Apa perasaan aku masa ini hnya Allah swt yang thu. kuatkah utk aku untuk hadap dalam msa tdekat sdgkan aku tdak terfikir semua ini akan terjadi. Aku akn melihat wajah yang aku rindui selama ini buat kali terakhir dengan ppisahan. Aku hadir ke makhmah dengan prsaan yang sgt sedih dan rindu utk lihat wajah yang aku sayang. Akhirnya aku lihat wajah itu, wajah itu seolah bukan suami aku sebab dia langsung tidak memandang aku malah hanya menunduk mendengar setiap arahan yang diberi oleh mereka yang sebelum ini memang tidak setuju dengan aku. kuatkah aku seorng wanita mdengar lafaz itu. Sdgkan kami tiada perbalahan sdgkan hati aku tidak rela..
Selepas selsai smua aku bereddah seperti biasa dan eddah aku pnjang shgga melahirkan. ya aku pura2 kuat depan suami aku sbab aku tahu itu bukan suami aku. Aku pulang ke rumah dan telah berjumpa seorang ustaz utk btanya masalah aku. ustaz bagitahu kami kena sihir pemisah tapi hampa aku lambat iktiar tapi aku tetap iktiar. aku jalani hidup ibu mengandung tanpa suami disisi..aku harus kuat demi zuriat ini. selepas 5 bulan allah swt makbul kan doa aku..suami aku hubungi aku. Kami berjumpa bhubung sperti biasa seolah kami belum berpisah dan suami menyatakan hasrat untuk rujuk semula. hnya Allah swt tahu persaan itu.
Tapi sekali lagi kami diuji si pelaku tahu tentang hasrat kami dan sekali lagi kami dipisahkan dan dia jadi seperti dulu seolah org yang dlam kebingungan..aku kuatkan diri. Aku ke pejabat agama utk tnya hal rujuk kami dan rujuk kami disahkan dalam hukum kami sah suami isteri tapi untuk hitam putih dia kena ke pejabat agama utk lafaz sekali lg depan saksi utk kluarkan sijil rujuk tapi aku tahu dia tak kan dapat pergi dan aku memang tak dapat hubungi dia lagi. dan aku tak tahu dimana dia disembunyikan. Dalam msa yang sma aku diuji kandungan aku mngalami msalah..sekali lagi aku tewas. Saat aku perlukan kkuatan dia tiada. dan akhirnya benda yang aku takut terjadi. Anak aku disahkan meninggal dalam kndungan. hampir sluruh smngat aku hilang.
Saat itu aku tidak dapat hubungi dia. aku hubungi yang lain tapi tiada jawapan..aku tggalkan pesanan utk smpaikan kpada dia wlpan aku tahu takkan smpai pesanan tu. ya jangkaan aku benar kelibat dia tak datang2 dan aku tahu dia tidak tahu tentang ini dan perkara ini dsembunyikan. akhirnya jenazah anak aku dikebumikan tnpa seorg ayah. dan aku tidak berdendam tapi aku tahu setiap pbuatan akn diberi pmbalasan. dan aku tpkasa bpntang tnpa ank dan suami disisi..saat paling sedih aku melahirkan tnpa dgr suara tangisan dan yang pling sedih anak aku pergi tnpa ayah disisi ini ujian utk aku..