Assalamualaikum dan selamat hari raya pada semua readers. Tq min share cerita aku. Aku seorang suami, dah kahwin 3 tahun, ada anak sepasang umur 2 dan setahun. Wife surirumah sepenuh masa, dulu sebelum kahwin dia kerja drafter. Tapi lepas kahwin dia terpaksa ikut aku pindah kl, dia berhenti kerja, nak cari kerja kat kl tiba tiba dah pregnant jd aku suruh tangguh dulu. Lepas bersalin yg sulung 4 bulan, dia mengandung yang kedua pulak. Kesian wife aku, tapi rezeki aku terima. Rumah tangga kami ok je walaupun aku keje uniform bkn pegawai, ok je tapi tidaklah mewah. Cukup cukup je.
Masa wife aku dah tunggu hari nak bersalin anak yang kedua pula kawan perempuan sepejabat start contact aku balik. Si A ni memang rapat dengan aku dari sebelum aku kahwin, aku dulu memang sukakan A ni tapi tak rasa nak kahwin pun dgn dia. Wife aku pernah jumpa A beberapa kali masa pejabat aku buat family day. Wife aku tak tahu pasal aku dan A, A pun buat biasa je dgn wife aku. Masa wife aku tgh pantang di rumah mertua si A lah yg hari hari text call aku ambil berat makan minum aku. Aku tak sedar aku dah mula syg kan A semula dan simpan perasaan kat dia.
Semuanya mcm biasa sebab aku tak pernah text A bila dgn wife aku. Masa wife baru habis pantang anak kedua, aku bawa dia balik kg aku kebetulan aku ambil cuti panjang. Kawan baik aku ada kenalkan aku dgn bdk umur 10 tahun muda dari aku. Si B. Mulanya aku memang nak kawan saja. Tapi aku nampak dia cantik, sebijik mcm wife aku masa aku mula mula kenal dulu. Cara bercakap cara pakai semua lebih kurang mcm wife aku dulu dulu. Terus aku add fb dia, follow ig dia. Hari hari text, videocall. Aku rasa betul betul macam baru bercinta dulu. Sentiasa excited bila nampak nama si B naik kat notification.
Dalam masa yg sama aku masih layan si A bila kat pejabat. Aku makin serious dgn B sampai dia tanya aku sampai bila kami nak begini saja tak nak bagi tahu wife aku ke pasal dia. Aku bkn beria pun aku suka suka je dgn dia. Sampai hari hari tiap kali text B akan tanya pasal wife aku, semalam wife masak apa di rumah, wife layan aku baik tak. Aku malas nak layan sbb aku tak nak rasa bersalah bila aku dgn dia. Tiap kali dia sebut pasal wife aku nnt aku rasa serba salah pula. Aku memang suka suka je layan si A dan B tak ada niat utk lebih dari tu. tapi lama lama mungkin aku yg bg harapan pada diorang, hari hari aku bertukar selfies dgn si A dan B.
Si B dah betul betul syg kan aku sampai ajak aku berkahwin. Salah aku jugak sbb aku pernah cakap, KALAULAH SAYA JUMPA AWAK DULU SEBELUM WIFE SAYA, MESTI SAYA PILIH AWAK DARI DIA. Aku tak rasa apa apa pun masa cakap macam tu sbb aku memang tgh gilakan si B. Si A pula hari hari hantar gambar yg tak sepatutnya pada aku, tp aku tak pernah larang. Aku lagi galakkan dia, aku puji tubuh dia yg cantik tak mcm wife aku. Kulitnya yg putih gebu, rupanya yg ayu. Sampai rasa rindu kalau dalam sehari dia tak hantar selfienya dgn curvy body dia pada aku. Aku tak fikir dosa pahala dah masa tu, yg aku tahu aku selesa aku suka apa yg aku tgh buat.
Setiap hari dia pejabat aku melayan si A. Tiap kali balik kg juga aku akan layan si B keluar makan tgk wayang mcm org bercinta. Wife aku tinggalkan je kat rumah mak aku langsung aku tak ambil tahu dia dan ank ank makan ke tak ok ke tidak. Wife aku sangat baik, tak banyak complain, apa aku suruh dia akan turut saja. Wife aku sangat peramah, baik, banyak cakap, ceria, tak ada apa yg kurang sebenarnya. Cuma aku dah rasa boring dgn dia sbb tu aku suka bila ada perempuan lain yg melayan aku lebih lebih.
Padahal wife aku dah byk susah masa hidup dgn aku, dia asal dari family senang, masa belajar bapanya dah hadiahkan kereta, masa kahwin ibunya hadiahkan kami rumah di kl ni. Wife aku buat online business dan cod lunch box area rumah kami sbb nak topup duit belanja rumah. Lepas dpt ank kedua aku dpt rezeki naik pangkat lg aku mula lupakan tuhan dan wife aku.
Aku tahu dia penat, tapi aku ego tak pernah ambil kisah bg aku dia isteri dan ibu mmg keje rumah dia yg perlu buat aku tak pernah sekali pun bgn mlm utk buat susu ank. Tak pernah aku ambil tahu barang rumah apa yg tak cukup, aku bg dia duit tiap bulan aku tahu dia bayar semua bil brg dapur dan keperluan ank ank. Wife aku mmg bukan jenis mengungkit walaupun aku selalu dengar dia nangis sedu sedu dlm toilet, masa sembahyang. Aku tak peduli pun, memang aku anggap dia suka melebih lebih, mengada, suka besarkan benda yg kecil.
Dia bersalin 2kali aku tak ada sekali dgn dia, wife aku baik urusan bersalinnya terlalu mudah, aku sentiasa tak sempat teman sbb dia pg hospital terus bersalin tak ada tunggu tunggu. Dia berpantang pun aku cuti sekejap dia uruskan semua sendiri. Masa bersalin ank kedua pun dia pantang sebulan tepat dia rumah mertua dah nak balik kl sbb kesian aku duduk sendiri. Tahun lepas hujung tahun, entah kenapa si B tiba tiba text aku masa aku pegi solat jumaat, aku tinggalkan phone di rumah masa tu kami di kg aku, semalamnya aku baru je jumpa si B aku selalu kata jgn text waktu aku di rumah aku tak nak kantoi.
Wife aku tak pernah sekali pun check phone aku dari baru kahwin dulu. Aku sampai rumah dari masjid masa tu aku tgk wife tgh duduk dgn anak aku dua dua tgh menangis langsung dia tak pujuk dah lah kat rumah mak aku masa tu. aku terus pegi kat dia nak marah sbb biar bdk bdk bising, tp aku tgk dia tgh scroll whatsapp aku. Aku rampas phone aku dari dia terus aku delete semua conversation aku dgn A dan B. Rupanya wife dah sempat copy dan sent ke email dia. Dia bgn diam ambil susukan ank aku tak bercakap sepatah pun.
Lepas mkn tgh hari aku masuk bilik tgk dia tgh kemas bag pakaian dia sambil menangis. Dia kata, tlg hntar dia balik rumah ibunya. Saya serba salah saya minta maaf padanya, dia tak respon apa apa senyap menangis je. Berulang kali saya minta maaf pada dia, saya pegang tangannya yg dah bertahun tak saya sentuh. Dia cuma kata, sampai hati abg, saya tahu saya tak cantik mcm dia, kalau abg dah tak suka lepaskan baik baik. Dia sambung nangis, masa tu baru aku rasa serba salah dan kesian pada wife. Aku tahu hati ya hancur, aku puji puja org lain belakang dia. Aku berjanji takkan ulang lg aku cuma suka suka. Wife text si A dan B ckp baik baik jgn ganggu aku lg, dia minta maaf sbb aku yg mulakan.
Semua kembali ok wife bg aku peluang kedua dia baik mcm dulu, tiba tiba mac lalu, si A tiba tiba text kata rindukan aku. Esoknya di pejabat aku bincang dgn A minta maaf aku kata yg sudah tu sudahlah. Aku igt dia ok settle di situ, balik mlm tu A masih text aku, wife dulu yg nampak notification tu kami gaduh semula. Wife menangis semahunya tanpa ckp apa apa. Sejak haritu wife aku seorang yg ceria byk cakap terus jd pendiam sampai hari ini. Aku serba salah sbb wife aku dah jd lain, dia byk diam semua benda buat sendiri.
Pegi klinik bawak ank ank, betulkan lampu kipas semua sendiri. Tak pernah cakap dgn aku atau minta tlg. Akutahu dia jd macam ni sebab salah aku juga. Tapi dia masih layan aku, sediakan makan minum aku cuma dia tak bercakap. Aku tak tahu apa dia nak atau perlukan apa apa sbb dia langsung tak bercakap dgn aku. Rumah dulu yg ceria bising dgn suara dia yg jeritkan nama ank ank dan nama aku, langsung tak dgr sekarang ni. Nasib aku masih perlu kerja mcm biasa masa pkp ni kalau tak duduk rumah lg tak tahu nak sembang apa dgn dia. Aku buat mcm mcm dah nak ambil hatinya semula, tp masih belum berjaya. Dia cuma cakap terima kasih je. Kadang aku saja ajak dia bersembang tanya pasal dia atau anak, dia cuma angguk atau geleng saja.
Aku betul betul rindukan wife yg dulu yg suka bising bising kejut aku bgn pagi, bebelkan aku benda yg sama setiap hari. Dia mungkin tak secantik masa aku kenal dulu, tapi sekarang baru aku sedar hatinya tetap ikhlas bersama aku sampai sekarang. Pesan aku pada suami yg lain, jagalah hati isteri kita selagi diorang ada, mungkin dia tak sama macam masa kita bercinta dulu, tapi dia je yg sanggup terima susah senang dgn kita, terima buruk baik kita. Jangan sampai bila hati isteri dah tawar apa kita buat pun dia tak kisah dah. Aku masih bersyukur sbb wife aku tak minta cerai, sbb aku tak tahu mcm mana hidup aku tanpa ank ank dan dia. Doakan rumahtangga aku, aku juga doakan kalian semua sentiasa dlm rahmat Allah.