Akhirnya saya cerita dekat suami tetapi ayat balas dia ‘awak jangan asyik selalu2 cakap sakit sakit mindset awak akan buat awak betul2 sakit’

Admin, saya cuma nak pinjam bahu. Saya tak tahu nak cerita dekat sape. Dan kalau boleh saya nak kata-kata semangat dari anda-anda semua. Saya ibu anak 4. Anak ke 4 baru 13 hari. Saya berpantang sendiri untuk anak ke 4 ni sebab anak yang sulung dah sekolah.

Saya ambil CL 7hari dan kebetulan mil pon ada datang jaga untuk 8hari. Mil saya super duper baik. Walaupon dia tak sihat. Masih berkeras nak jaga saya. Alhamdulillah bersyukur sangat ada mil yang baik.

Kami tinggal jauh dari keluarga. Keluarga saya jauh, keluarga suami pon jauh. Suami saya baik, tapi dia tak sensitive dengan keadaan saya. Saya bukan jenis yang suka susahkan orang. Selagi saya boleh buat sendiri saya akan buat sendiri. Bila mil dah balik dan CL pon dah tak ada.

Semua kerja rumah saya buat sendiri. Basuh kain(naik tangga mesen basuh dekat tingkat atas), memasak(memang dari hari pertama keluar hospital memang saya yang masak untuk suami dan anak2. Cl hanya masak untuk saya sahaja) kemas rumah, vacuum, basuh pinggan. Senang cerita hampir 70% saya buat.

Sampailah nak masuk hari ke 6 berpantang saya rasa perut saya makin sakit nak kencing sakit nak jalan sakit. Jahitan makin sakit. Akhirnya saya cerita dekat suami tetapi ayat balas dia ‘awak jangan asyik selalu2 cakap sakit sakit mindset awak akan buat awak betul2 sakit’ saya cuma nak cerita nak kongsi apa saya rasa.

Saya nak dia dengar je. Saya nak cerita dekat mak saya. Mak saya tak sihat. Saya xnak mak saya risau. Mak dia pon saya tak cerita. Saya buat macam biasa je walaupon pada hakikatnya nak berdiri pon berkaca-kaca tahan sakit.

Bila saya buat kuat, suami betul2 anggap saya kuat. Suruh mandikan anak ke 3(umur 1y10m) dukung masukkan dalam buai, dukung anak turun dari kerusi baby. Saya tak tahu nak bagitahu macam mana saya tak boleh angkat berat.

Saya sakit lagi. Tapi bila saya bagitahu mesti jadi isu. Saya terlalu tunjuk saya kuat ke?? Saya tak tahu nak cerita dekat sape. Nak luah dekat sape. Hari-hari nangis cerita dekat allah. Cerita dekat bantal. Cerita dekat kerusi.

Lagi 1, sejak anak ke 3 saya tak bekerja. Jadi ekonomi keluarga jadi tak berapa baik. Semua orang seolah-olah salahkan saya. Sedangkan CL saya bayar sendiri, taska anak saya bayar sendiri, keperluan diri saya beli sendiri.

Saya bukan la tak ada income langsung. Cuma xkongsi cerita dengan orang lain. Family saya sangat membantu dari semua segi. Walaupon diaorg jauh. Macam-macam bantuan diaorang bagi.

Saya tak nak layan sangat perasaan ni. Tapi makin terpendam makin sakit. Sakit sangat. Tak tahu nak luah ke sape. Doakan saya kuat ya semua. Doakan anak-anak saya si

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top