Kisahnya isteri keluar dari rumah tahun 2016 tanpa izin saya masatu saya pernah berkata jika dia keluar juga saya jatuhkan talak.

admin tolong hide yer. Salam saya ingin bertanya pendapat. Hasil perkahwinan saya dgn bekas isteri mempunyai 2 org anak. Seorang telah meningg4l. Seorang berumur 9tahun.

Kisahnya isteri keluar dari rumah tahun 2016 tanpa izin saya masatu saya pernah berkata jika dia keluar juga saya jatuhkan talak. Kemudian dia pergi bersama anak.

Sepanjang dia keluar dari rumah, dia langsung tak endahkan saya. Dia juga mempunyai masalah suka mengungkit duit2 yg dia belanja makan atau beli apa apa shj.

Dia malahan menuntut semua kos yg dibelanjanya ke atas saya ibarat hutang. Utk pengetahuan semua, saya berkahwin ketika umur saya 20 dan dia 40 tahun.

Jelas pada umur sebegini, kewangannya lebih kuat berbanding saya yg tidak dibenarkan untuk bekerja. Jika saya berikhtiar utk kerja, dia akan cuba ganggu dan halang sehingga saya dibuang kerja.

Dia lebih suka untuk mengurung saya dirumah dan menjaga anak. Jika ada apa apa, dia yang akan keluar cth membeli apa apa brg.

Berbalik pada cerita kami, saya confuse sama ada talak saya tadi jatuh atau pun tidak. Saya daftarkan kes cerai di mahkamah pada 2017.

Saya tidak dapat menghubunginya utk hadir ke mahkamah lalu mahkamah telah memutuskan utk saya lafaz talak dalam mahkamah sahaja.

Sampai ke hari ini, saya tidak dpt berhubung atau tahu khabar tentang anak tunggal saya. Saya juga tidak dapat membuat bayaran nafkah diatas sebab kami mmg lost contact, saya tak dapat hubunginya,

tiada no tel dia, tiada no akaun dia. Saya terlampau rindu pada anak saya. Jadi apakah pandangan utk kes saya ni? Apakah yg perlu saya lakukakan? Saya seorang suami yg teraniaya yang hanya merindui anak saya..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top