Aku ambil barang dia min aku buang dalam tandas dan bermula lah pertengkaran besar dia sendiri cakap min dia lebih pilih barang itu dari pada kami

asslm min. tolong hide kan profile saya. saya guna member punya fb, kisah nya macam ni min. Pada tahun 2010 ada sorang lelaki tiba2 msg saya dan ingin berkenalan dengan saya, dan saya pun dengan memikir panjang saya save number dia dan setuju berkenalan dengan nya, dan setelah itu dia cerita kisah hidup nya yang dia tengah sakit dan saya pun sedih lah dengar luahan dia, yang sudah tidak lama hidup kata nya min. dia sakit barah otak, dan perlukan pembedahan.. dia seorag anak orang kaya ayah dia mempunyai syarikat sendiri kata nya, dia beradik 5 orang sorang puan 4 laki dan dia anak ke 4 antara semua. Ibu dia sudah lama meninggal.

Setelah itu min. saya terlalu simpati terhadap dia, dia minta saya jadi teman wanita nya dan saya pun terima dia jadi teman lelaki saya dan dia ajak saya berjumpa, saya pun setuju, kami berjumpa kami berdepan masa itu memang berdeba, saya tunggu dia datang dan kmi pun pergi ke kedai makan yang berhampiran. dan berbual2. setelah habis berbual dia pun balik dan saya juga balik. satu masa abang ipar aku balik rumah min dan dia ajak pekeja nya datang rumah sebab saya pun masa itu tingal bersama mereka.

Abang ipar kol hp pekeja dia min, terus saya dengar ringtne yang dia kol tu sebiji macam ringtone teman lelaki aku min. tpi masa itu aku diam je min. Rupa nya disitu baru aku tahu min yang lelaki itu pekeja abg ipar aku, dan dia baru terus terang min yang dia dapat no aku dari abang ipar aku rupanya, ya allah malu nya aku min. geram pun ada masa itu sebab lelaki itu cerita yang dia anak orang kaya min dia kata dia sakit tak lama mam pos. tapi hakikat nya tidak ada apa2 yang berlaku padi diri dia.

Setelah kejadian itu kami terus kan hubungan kami dan dia kata dia tak bole hidup tanpa saya, saya pun kesian lah min dia cakap dia perlukan kasih sayang dan setelah itu kami di satukan. kami di nikah kan hanya secawan air saja min sebab famli dia tidak setuju kami berkhwn. prents saya terima dia dengan baik. lepas itu kami pun bina hidup baru. kami di kurniakan 2 orang cahaya mata namun keluarga dia tetap tidak terima kami min. saya dan family pun bgtu hairan kenapa kluarga lelaki tu tidak mau terima dia sebagai adik. smua itu tertnya, tanya ..

Lama ke lamaan semua nya terjawab dengan sendri. rupanya lelaki itu min baru saja keluar dari penjara dari bercinta sampai lah kmi mempunyai anak baru saya dapat tahu min yang suami saya ada lah banduan. luluh hati saya minn. dari pertama bersama dia tak pernah jujur dengan saya mahupun fmily saya ,, selama saya berkahwin dengan lalki itu dia jarang sekali dapat kerja. Dan langsung tak ada kerja nasib lah mak bapak saya masih hidup min. mak bapak saya yang bagi kami makan.

Satu hari minn saya sudah tidak tahan asyik mak bapak yang bagi kami makan. saya keluar bekerja di sebuah restoran gaji saya hnya 450 sebulan, masa itu saya masi lgi pertahan kan rumah tangga kami min. anak, saya sanggup tggl kan demi mncari sesuap nasi, sebab suami saya tidak pernah lama bekerja ada saja yang tak kena, setelah itu min saya cari rumah sewa dan tinggal bersama dia dapat kerja sebagai bartende, di sebuah kedai, gaji 850 sebulan. dia pun mula lah bekerja dan jugak saya… yang saya hairan min tiap kli gaji duit dia kena potong stiap bulan, dan apa bila saya bertanya dia cakap dia ada beli krta bos dia, tiap bulan potong 500 itu saya abaikan lgi minn.

Lama kelamaan saya tak tahan min sebab sudah tak sanggup macam tu gaji tak cukup duit, saya jump bos dia, dan cakap kenapa begitu, bos dia cakap sendiri minn tiap hari dia pinjam mehh 20 50 hari2 begitu ya allahh rasa hncur hati ini minn sakitt yang teramat, setelah aku tahu duit itu bukan untuk bayar kereta rupnya untuk diri sendiri, tapi saya diam minn saya tahan apa yang dia cakap sebelum ini aku percaya 100% tapi kali ini tidak, aku tetap bdiam buat macam tida yang berlaku ..

Aku ingin tahu duit itu pergi mana sebab dia tiada beli apa pun balik rumah, aku yang keluarkan duit, aku tahan saja minn dalam hati aku sentiasa berdoa pada tuhan agar ia perlihat kan segalah nya .. alhmdullilah tuhan perkenan kan doa ku, aku bawa anak aku datang bilik sewa dalam tak sedar mungkin dia lupa kunci pintu, anak aku terus masuk bilk dan aku pun masuk, ya allahh min. tuhan saja yang tahu rupanya selama itu dia mnagih dada minn. depan mata aku dan anak2 aku min hncur nya hati seorang isteri melihat perbuatan suami nya seperti itu.

Aku ambil barang dia min aku buang dalam tandas dan bermula lah pertengkaran besar dia sendiri cakap min dia lebih pilih barang itu dari pada kami , akhir nya dia cerai kan aku dengan talak 3 Alhmdllh aku terima dengan hati terbuka , aku redho min.p aku brsayakur sangat2 aku dapat lepas dari segalah nya. walau pun hati berat untuk di tangani. tuhan beri aku petunjuk dan jauh kan aku dri orang yang tidak baik.. alhmdllah aku bersyukur sangat.

Sepanjang kami bersama hidup aku penuh dalam kebohongan, sebab suami sendiri dari awal sampai akhir dia tidak pernah jujur dengan semua dia suka cakap bohong termasuk lah keluarga aku minn semua dia tipu. setelah slesai kami bercerai min. aku bawa anak2 anak merantau kami mulakan hidup baru min.. dan aku mula bekeja walau pun aku hanya kerja di sebuah restoran tapi rezki itu cukup untuk mnyara anak2 tanpa ayah, tq minn

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top