Salam admin. Terkejut aku tengok post aku bnyak sungguh yang komen. Aku dah baca semua komen kat post aku tu min. Tiba2 aku rasa menyesal pulak post kat KRT pasal wife aku. Aku sakit hati.. sedih tak tahu nak luah kat siapa. tu yang terpost ke KRT tu. tapi bila baca komen2 ni rasa sedih orang dok mengata ngutuk wife aku. Siap pertikaikan status anak aku. Nauzubillah. Untuk pengetahuan semua, depa dua tidak berhubungan dah.. terputus terus sejak 3 tahun lepas. Sebelum tu pun since aku kwin dorang memang terus putus hubungan sampai lah 12 tahun selepas tu..
Wife aku yang cakap nak jumpa untuk minum2 sebab dah kebetulan dia outstation di tempat yang sama. Aku tak boleh nak bagi sebab aku takut mereka menjalin hubungan semula. Wife aku mungkin salah dari segi perasaan dia pada ex bf dia tapi dia tak pernah menipu atau sembunyikan apa2. Apa2 hal pun dia akan minta izin aku. she never hide anything.. dia mommy yang baik untuk anak2 aku.. Aku sayang giler wife aku min.. dia cinta pertama dan terakhir.. aku tak pernah pandang perempuan lain sejak aku kenal dia. Lagipun aku memang tak pernah ada awek pun sebelum kenal dia.
Ramai yang komen suruh aku cari perempuan lain la, mungkin itu lelaki lain tapi bukan aku. Ada yg pertikai kata aku buat cerita drama. Hakikatnya ini realiti kehidupan aku. Sebagai manusia, memang aku tak sempurna tapi aku cuba jadi sempurna untuk dia. Aku cakap dgn wife aku, kalau dia nak ingat ex bf dia aku tak kisah. Kenangan memang untuk diingati tapi untuk dia berhubungan dengan x-bf dia yang tu aku tak boleh nak benarkan. Kenapa aku boleh terima perasaan dia? Sebab aku faham depa bercinta lama.. lebih 10 tahun..
Aku hormat perasaan depa. Perasaan.. hati ni bukan bleh dipaksa. Tapi soal jodoh ni Allah dah tentukan. Kena redha. Wife aku kawin dgn aku sbb parent dia sukakan aku. Parent dia tak boleh accept ex bf dia. Pada parent dia aku ada adalah pasangan sempurna utk anak tunggal mereka. Org cakap duduk sama rendah.. diri sama tinggi. Sekufu dari semua segi.. harta, paras rupa.. pendidikan.. Sebenarnya aku dulu best friend wife aku masa kat U.. aku memang crush dengan dia tapi bila aku tahu dia dah ada bf, aku try jadi kawan dia yang sentiasa ada bila dia perlukan aku. Aku jd tempat mengadu, tempat bercerita dan aku tak kisah sebab aku memang suka dia bercerita kat aku. Ujian utk aku sbb kawin dengan girlfriend orang kot.
Masa sebelum aku nikah dengan isteri, aku ada minta maaf dengan bf dia sebab pada aku wife aku adalah jodoh terbaik untuk aku dan aku bangga dia sudi terima untuk jd isteri aku walaupun mungkin atas desakan parent dia. Sebab tu aku sanggup buat segalanya untuk dia.. Kalau kami berpisah aku lebih rela hidup single dgn anak2 ja. Kosong hidup aku kalau dia takda. Dari kol 3 petang sabtu lepas wife aku berkurung dlm bilik sampai la pukul 2:30 pagi tadi dia dtg kat aku masa aku tgh tido.. salam tangan aku cakap mintak maaf.. dia kata dia memang niat nak minum2 je. Dia tak sangka aku marah sungguh sampai lafaz taklik. Tu yg dia memberontak sebab aku kan tak pernah tolak permintaan dia.
Susah nak tgk wife aku mintak maaf… Tapi aku tak kisah. aku sentiasa maafkan dia.. aku terus peluk dia.. cium dahi dia.. Allahu aku takut utk kehilangan dia disebabkan kesilapan aku. Alhamdulillah.. dia kata dia dah mintak officemate dia gantikan tempat dia oustation tu. Bos dia pun benarkan. Lega dan bangga aku rasa.. sayang juga dia kat aku. Sekarang ni aku menyesal dgn taklik tu.. tak boleh tarik balik.. Aku tanya lawyer dah. Lafaz tu sah. Sedih aku. Nak kena gi rekod kat pejabat agama. Tak pasal² nak kena naik pejabat agama pulak. Kesilapn besar aku cepat sgt buat taklik. Semoga Tuhan tak terjumpa kan mereka hingga akhir nyawa. Doakan aku guys.. Semoga rumahtangga kami kekal hingga ke akhir hayat.
Kisah dahulu. Salam admin.
Aku tengah sakit kepala, sedih dan marah. Wife aku kena outstation kat negeri ex bf dia kerja. Dia mintak izin aku nak jumpa lagi ex dia. Nak minum-minum je dia kata. 3 tahun lepas dia pernah mintak izin dan aku bagi jumpa konon sebagai kawan je tapi endup kami hampir bercerai sehingga lah wife x dia dapat tahu hubungan mereka. Wife dia mengamuk so hubungan antara wife aku dengan x dia terputus.
Aku dah bnyak kali ckp dgn wife aku yg dia kena redha. Jodoh ketentuan Tuhan. Tuhan dah tetapkan aku jodoh dia tapi kenapa susah sgt dia nak terima.
Sekarang ni dia tengah merajuk sebab aku bagi taklik kat dia. Kalau dia jumpa jugak dgn x dia tu jatuh talak dan anak semua aku amik. Aku tak faham kenapa wife aku nak carik penyakit. Orang tu dah ada isteri. Kerja biasa je. Sanggup pulak dia nak jd 2nd wife. Pinjam duit wife aku pun tak bayar lagi. Aku ni since kawin cuba bagi dia segalanya.. sebab aku memang sayang giler kat dia.
Aku berjawatan. aku setia. kerja rumah semua aku buat.. baju dia aku ironkan.. cari spenda dgn bra pun tanya aku.. setiap pagi aku letak siap baju dah beriron atas katil.. dia tinggal pkai je.. sbb mmg dari awal kawin aku layan wife aku umpama puteri raja.. part masak je aku fail.. aku tak tahu nak cakap macam mana lagi. Kali ni aku bertegas dia merajuk.. siap cakap dia tak pedulik taklik aku tu.. nak pergi gak jumpa x dia.. Stress aku min! Apalah lagi aku nak kena buat nak bg dia cuma igt aku je.. Susah sangat ke dia nak lupakan x dia tu.. Kami kawin dah lebih 15 tahun dah.. anak2 comel.. kesiannya anak. kalau kami terpaksa berpisah.