Salam admin. tolong hidekan profil saya. Tujuan sebenarnya saya tulis disini adalah untuk mendengar pandangan warga KRT. Berkaitan tentang diri saya. Untuk makluman perkahwinan pertama saya ialah pada tahun 1998 bersama seorang lelaki yang masih bergelar suami orang. Saya tahu saya tak sepatutnya meneruskan perhubungan tersebut kerana ia akan menghancurkan hati orang lain yg bergelar wanita. Namun di atas dasar cinta saya terus menjalinkan perhubungan dgn nya sehinggalah kami terlanjur sebelum bernikah.
Hasil ketelanjuran kami saya telah mengandung dan anak kami dilahirkan pada tahun 1997. Rasa bimbang dan takut kami telah menyerahkan anak tersebut kepada sepasang suami isteri yang tidak mempunyai anak. Namun begitu kami tetap menjalinkan perhubungan sehinggalah kami mendirikan rumah tangga pada pertengahan tahun 1998. Apa yg saya lalui sekali lagi saya disahkan mengandung pada awal tahun 1998.
Hanya saya dan suami saya sahaja mengetahui apa yg terjadi. saya tidak memberitahu pada sesiapa, walaupun kepada keluarga saya. Bagi saya perkahwinan kami untuk menutup segala perbuatan bersama suami saya. Sedangkan keluarga saya pun tidak tahu aku berkahwin dengan suami orang.
Aku telah melahirkan anak pada hujung tahun 1998. Dengan itu terbuka lah segala aibku kepada keluargaku bahawa aku mengandung sebelum bernikah.
Namun keluarga saya menerima dengan redha. Hasil perkahwinan, kami telah dikurniakan 2 cahayamata.
Langit tak selalunya cerah. Perkahwinan aku hancur setelah suami ku terlibat dengan pengambilan ddah. Suamiku berang dan sering memukulku sekiranya, apa yg inginkan (ddah) tidak dapat. Ayahku menghalau suami ku dari rumah kerana katanya dengan ddah akan menghancurkan segalanya. Setelah suami ku hilang, suami ku tidak tahu, aku telah mengandungkan anak yg ke 3.
Berbalik pada kisah anak luar nikahku yg pertama dulu yang telah saya serahkan pada seseorang.
Pada tahun 2017, seorang remaja perempuan telah datang menemui saya di hadapan rumah dan mengatakan dia ingin berjumpa dengan saya dan memanggil saya dengan panggilan EMAK. Alangkah terperanjat, wajah remaja tersebut mirip wajah saya dan memang dihati saya mengatakan dia adalah anak yang saya serahkan pada seseorang. Kini remaja perempuan itu berusia 20 tahun. Tapi saya tetap mengelakkan untuk berjumpa dengannya dan menganggapkan anak saya cuma 3 orang sahaja.
Mungkin saya malu dengan suami ku sekarang ni diatas perbuatan saya sebelum ni. Begitu juga dengan anak2 saya. Remaja tersebut berlalu begitu sahaja, setelah saya menyuruh dia balik.
Warga KRT ,Apakah pandangan anda semua tentang diri saya. Kerana aku buntu, takut sekali lagi aib saya terbuka kepada keluarga dan masyarakat sekeliling. Bagi saya anak saya hanya 3 orang bukan 4 orang. BIARLAH RAHSIA tapi sampai bila?