Bahkan baru2 ni lagi ada sesuatu kebenaran yang saya ketahui dan tak mampu saya hadam difikiran jika allah takdirkan saya bermadu

assalamualaikum. Admin mohon dirahsiakan acc fb ye, min saya seorang isteri yang berkhawin untuk kali kedua, perkahwinan pertama saya dikurniakan 3 orang anak, 2 orang lelaki, seorang perempuan, yang lelaki dua2 ikut ayah dia. Alhamdulillah selepas bercerai 1 tahun saya berkahwin dengan seorang lelaki, tappi perkenalan kami terlalu singkat kami terus plan halalkan sebab taknak terjerumus dalam lembah mak siat, nak elakkanan tu semua sebab dah banyak sngat buat dosa.

Jujur saya katakan saya tersilap langkah sebelum kenal dgn suami sekarang, saya buat dosa yang terlalu besar maaf saya takdpt jelaskan hinggakan melibatkan maruah keluarga, maruah sendiri. pergi club, mnum arak, keluar dengan lelaki.. sampai satu tahap saya hilang arah tuju yang sepatutnya saya capai. Sampai kan saya berfikir saya memang dah tak layak dengan mana2 lelaki sebab kebo dohan saya yang terlampau, saya berjanji dengan diri saya. saya akan terima lelaki yang tau kisah buruk saya tu sendiri dan boleh terima saya seadanya.

Jujur saya katakan saya adalah org yang paling bo doh dalam dunia ni. halal haram saya tak fikir. Bila saya kenal dgn suami saya yang sekarang semua berubah serta merta, terlalu singkat semuanya, sampaikan saya sendiri tertanya dengan diri saya betulkah semua ni? sebelum saya terima dia saya bertanya, apa sebab awak terima saya, dia cakap walaupun pada hakikatnya awak seorg pela cur saya tak kisah saya cuma perlukan siapa awak bile dengan saya, dan saya bertanya lagi. Saya takut satu hari nanti perkara buruk saya awak tak kan dapat terima dan bermain difikiran awa.

Dia bgi jawaban yang sama dan saya taknak terjerumus lagi dlm lembah mak siat. Alhamdulillah kami sudah halal pada tahun lepas, dan bulan ni adalah bulan ke 6 kami sama2, tapi semua berubah dalam sekelip mata. dia lalai dalam tanggungjwb. Dia panas baran, entah saya sendiri taktau apa nak cakap. dan yang menjadi dendam bagi ye sekarang adalah kisah buruk saya tu dan itu menjadi makanan sehari2 saya, hinaan, kejian, semua saya dapat dan menjadi kan saya buntu adalah, saya langsung tak nampak nilai saya sebagai seorang isteri, telephone dia ada 2, saya langsung taktau apa passwors atau pun isi dlm phone dia. dan satu yang saya belajar dalam perkahwinan ini adalah SABAR. ya sabar adalah kunci.

Berkahwin dgn dia satu perkara yang menyedarkan saya tentang erti kesabaran, kesedaran tapi saya terjerumus dalam lembah mak siat tu sebenarnya selepas bercerai dengan suami pertama, (maaf tak dapat nak jelaskan sebab, sebab terlalu banyak). perkahwinan yang kedua ni saya cuba cari balik diri saya, saya nak ini adalah perkahwinan kali terakhir, saya jaga status saya seorg isteri, saya cuba ubah diri saya, saya nak berubah kerana allah dan allah hadirkan suami saya ni sbgai asbab untuk menyedarkan saya.

Saya cuba belajar solat, saya cuba buka balik al-quran, saya hindarkan perkara yang haram, yang tadinya saya tak pkai tudung saya pkai sedangkan tempt saya bekerja tdak mengizinakan, dan akibat kebo dohan saya tu juga yang merosakkan impian saya hidup bahagia. hampir setiap hari dia akan menghina saya dengan masa lalu saya, hampir setiap hari kami bergaduh, saya dah lemah, saya penat, tapi takpe saya akan mengalah sebab saya tau ini semua akibat diri saya dan saya takkan menyesal.

Satu yang saya ingat,kata ustaz “kalau seseorang itu tdak cukup ilmu untuk mengkhifarat dosa2 nya allah akan hadirkan seseorang untuk mengkhifarat dosanya, jika kamu sedang disakiti oleh sesiapa sahaja jangan pikir dosa nya tpi pikir allah yang hadirkan dia” itu adalah menjadi kunci saya untuk bersabar, saya selalu cakap dengan diri saya sendiri sabar ini semua balasan untuk dosa kau, kau kene tabah, alhamdulillah saya berjaya sabar.

Smpailah satu masa,saya tgh bercerita dgn dia tba2 saya nampak phone dia berkelip sebab ada call masuk (tak bunyi sebab silent) saya nampak gambar perempuan tapi tak ade nama cuma emotion masjid, saya tanya dia”sape tu” dia jwb”gf c ni mungkin, mesti durang gaduh”,motif? saya tanya balik “kenapa kalau durang gaduh cri abang?” Dia ckp biar jelah malas nak layan, sebab kan saya taknak perbesarkan saya diam tpi saya tak tenang sebab saya nmpk emotion masjid, so malam tu saya urut badan dia smpai dia tertidur dgn nyenyak saya merayap cri phone dia yang ada dekat tpi bantal saya check kacau2 dia ok dia dah nyenyak.

Saya ambik phone and LOCK so how bkn password tpi cap jari, saya ambik tgn slow2 lepastu CAP. Buka pun, masuk wassap KUNCI lagi. ambik jari CAP lagi ,masuk and tau tak apa yang saya jumpa? yesss. miscalled perempuan tu banykkkkkk gile dekat wassap, masuk je baca chat, dgr voice. tau tak perasaan seorg isteri tu macam mna? hanya allah dan para isteri yang tau, dan malam tu semua doa dan rayuan saya dgn allah terjawab, saya nmpk semuaaaaaanyaaa, rupanya dia jarang vc dgn saya, jarang call dgn saya, jarang chat saya, dia bnyk habiskan semua tu dgn perempuan tu.

No saya tak ade pun dia save nama, saya hilang kata2, saya tak dapat nak tdur satu malam tu, and kurang tau tak saya ada cadang nak pergi picnic dengan dia, sebab kan cadangan tu saya taknak rosakkan mood saya dengan dia, jadi saya simpan saya sabar tapi saya ambik bukti tu semua saya simpan, supaya bile saya tanya dia tapi saya ada bukti, kejap nanti saya sambung. SAYA cuba sabar dgn apa yang saya nampak, pagi tu suami pegi keje macam biasa.

Lepas dia pegi keje saya chat dia “abang hati2, sayang tak sedap hati” saya cuba sembunyikan rasa sakit tapi dia tambah lagi, dia balas chat saya macam ni “Allah wujudkan perasaan macam tu sebab banyak sangat dosa, jadi banyk2lah zikir, bnyk2 lah solat” saya tak tau nak kata apa. Saya cakap dengsn dia abang jangan tipu saya, saya sebagai seorang isteri ada firasat, allah dah balas semua persoalan saya hanya dengan satu mlm, saya tanya dia semua tapi dia endahkan, saya cakap saya ada bukti, malah dia ketawa kan saya sambil cakap “mana bukti awak” tapi saya cakap takpelah tunggu awak balik,d ia makin ketawakan saya.

Saya tunjuk satu2 bukti dekat dia, dia pusing cerita, reka cerita smpailah dia hina saya, kata saya macam2 tapi apalagi yang mampu saya cakap, saya hanya mampu menangis, ye saya benci tapi saya ikhlas sayang dia, otak saya kusut saya taktau nak pikir apa, macam2 alasan dia kasi sampaikan dia sanggup balik dri tempt keje dia, siap suruh saya masak tpi apa saya buat, saya keluar rumah sebab saya nak elak dri jumpa dia hati saya terlalu sakit, bile dia balik saya takde berhabis dia chat, memaki hamun, menghina, semua ada. masa tu saya langsung tak pikir cerai.

kenapa susah nak jujur. semua tentang saya, diri saya, kisah saya semua dia tau, kenapa dia? itu menjadi tanda soal dlm otak saya. Saya tak minta banyak, saya cuma nak saya di anggap seorg isteri, saya cuma nak dia pandang siapa yang saya sekarang macam yang dia cakp dlu, bila saya cakap mana pergi janji awak, tapi di tuding balik salah. Saya hanya mampu redha, lagipun apa yang saya ade, saya takde harta, saya takde duit, macam yang dia ckp..dia selalu ckp “apa yang kau ada untk aku tpu” untuk menutup salah dia. semua dia tuding pada saya, mungkin memang salah saya tapi jujur hati saya terlalu sakit sebab dia tak berlaku jujur.

Selepas pergaduhan dalam chat tu dia hilang dalam 4 hari ke 5 hari, dia chat balik dekat no kawan saya cri saya dekat mana, saya jenis yang tak suke perpanjang kan hal, kalau pun nak cerai biar cara elok, dia ckp dia nak jumpa saya. bile dah jumpa berdepan dalam kereta saya tak mampu nak kata apa cuma menangis dan diam, dia tanya kenapa tak bercakap, saya diam, dia minta maaf, tak buat lagi. dan satu kelemahan lelaki adalah cakap tak nak buat lagi tpi tak mudah bagi durang. saya maafkan dia bagi peluang tu tak salah tapi yang salah jika dia sia2 kan, kami ok balik tpi situasi yang sama jadi lagi tetap dgn hinaan entah bile hilang dah satu yang saya pesan pada diri saya, ini adalah cara allah menghisab dosa kau didunia,hanya mampu allah sabarkan.

Terlalu panjang min nak di ceritakan bahkan penghujungnya pun saya masih tertanya2 apa yang akan jadi, dan dia terlalu bnyk menyimpan rahsia, saya hanya mampu berdoa. Bahkan baru2 ni lagi ada sesuatu kebenaran yang saya ketahui dan tak mampu saya hadam difikiran jika allah takdirkan saya bermadu dan saya tidak kata saya terima, saya tdak kata saya tdak terima tpi saya hanya mampu minta allah ikhlaskan hati saya. Apalagi yang mampu saya buat, saya ibarat manusia bo doh yang tdak tau apa2 sedangkan bukti semua ada,saya di ibaratkan juga buta padahal pura2 buta.

Saya keliru, saya nak tau kebenaran tpi pada masa yang sama saya takut sakit untuk saya terima, saya nak bertanya pun terasa lemah, apa yang patut saya buat min jujur saya kata hanya allah tmpt saya meluah, dan mina adalah org kedua yang saya luah. Apa yang suami saya ckp saya tak pernah bantah, bahkan sesuatu perkara tu sakit untuk saya, saya eyakan sahaja, bercerai? Saya taknak ambik keputusan terburu2 jika masih sayaang, saya buntu min. Setiap kali dia marah saya,saya tundukkan pandangan saya,saya kunci bibir saya supaya tdak menaikkan lagi baran nya, baru2 ni min saya jumpa sesuatu yang membingungkan saya, tapi apa saya buat saya diam,saya chat dia “abg klau saya ada buat salah atau kurang tlg tegur saya” saya masih taktau apa pengakhirannya. Doakan saya semoga selalu sabar. Salam dari saya..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top