salam admin. Aku perlukan nasihat dan pandangan warganet apa yang harus aku lakukan dlm hidup aku ini. Aku dulunya seorang ibu tunggal selama 5 tahun. kini anak laki aku dah berumur 8 taun.
Aku dah berkahwin lagi sekali dengan seorang duda anak 3. Kisahnya dia dicurangi oleh ex dia dan memang dirg takkan bersama2 lagi. Bermula rumahtangga aku pada taun 2019 bulan 12 aku ikut dia ke negeri dia. Kami dh buat kputusan anak dia dua orang akan duduk dengan kami bersekolah di kwasan rumah kami.
Yang no 1 anak laki berumur 16 taun no 2 perempuan umur 14 taun dan no 3 umur 10 taun. Yang aku jaga adalah no 2&3.
Kisah drama air mata sangat banyak sejak aku bersma dia. Boleh dikatakan suami aku laki yang baik. Bekerja dan bertanggungjawab membesarkan anak. Aku dan suami ku takda masalah sgt tapi yang bermasalah adalah anak aku dan anak dia. Bagi aku ini ujian rumahtga tapi aku dan dia takpernah sangka hebat ujian ini pada aku sebab dr awl kawin ada sahaja ujian kesabaran aku. Kini ujian kesabaran suami aku plak sebab PKP ni dia ada rumah.
Dia boleh dikatakan laki yang taksuka budak kurang ajar dan menipu. Anak aku je ada di rumah skrg sbb anak dia yang berdua tu dh dihantar ke rmh ex dia shari sblum PkP dan msg2 takanak balik sini lagi buat msa ni. Bab anak dia ada prangai yang aku taksuka. Msg2 masih myesuaikan diri. Aku dan suami aku kerap kali bergaduh sebab hal anak msg2. Bkn sekali dua dah. Sampaikan bisikan setan kat telinga msg2 adalah berpisah yang tbaik. Aku takut aku dan dia takkuat nak tempuh dugaan ini.
Aku dan dia saling menyayangi sepenuh hati. Perkenalan di fb selama hampir setahun terus dirisik dan direstui keluarga laki mbuatkan aku mnerima dia. Keluarga belah laki aku sgt2 menerima aku. Yang mslh skrg kami mghadapi perangai anak2 msing2 dlm mengharungi hidup yang pjg ini. Anak perempuan jenis pemalas. Aku terpaksa dia mnolong aku. Cukup dia tau kemas apa yang dia sepahkan. Mula2 dulu dia minum n cawan merata di ruang tamu. Makan pun bersepah plastik takreti nak buang dlm tong sampah yang ada di ruang tamu tu jugak. Awalnya aku buat tanpa bicara smpai bergaduh baru aku lepaskan yang aku penat buat bnda sama.
Aku cuba nak berkawan dengan dia. Aku layan dia macam aku angap dia kawan dia. Aku blh sembang2 dan dia nampak ok mula2 shgalah gduh yang diarg kena hantar balik rumah mak dia sehari sblum PKP adalah hari pertama cuti persekolahan. Anak ketiga suami memeningkan aku msa tu sebab dia suka menjerit2 pada hari ptama cuti sekolah tu dari pagi sampai ptg. Aku mmg angin dan rasa nak lempang je msa tu. Mulanya pagi tu aku dh cakap lelok tapi masih buat lagi tghri tu. Aku ni taknak jiran aku tegur diarg bising aku dh tegur tpi takjalan.
Ptg tu buat hal lagi. suami aku balik kerja aku taksambut aku dlm bilik sbb aku pening kpala nak hadap dorg. So masa tu laki aku terus angin bila aku repot apa yang jadi. Byangkan la penat balik kje trus aku repot mmg slh perangai aku kan tp msa tu aku ikutkan kpala angin aku. Mengamuk laki aku tanya nape masing2 jadi macam tu. Anak dia kata anak aku usik dia. Yang akak dia dah larang adik dia tapi sma je sbb akk tu takberani nak larang anak aku sbb takut aku marah dia nti. Sdgkan aku takksah pn. Mgkn dia takkenal aku lagi. Bg aku msg2 ada prgai.
Anak aku lagi teruk perangai. Petang semalam dia masuk bilik bawak sejadah amik air solat tapi suami aku amik vdeo aku tgk dia taksolat pun. Aku dh pernah ckp kat dia sblum ni dia bru 8taun takpyah nak solat klu malas kenapa sampai mnipu aku pun takfham. Anak aku ni liar dia lain macam. suami aku kata dia takmacam budak 8taun. Ktrang marah dia mnipu. Klu taknk solat takyh solat. Aku rsa anak aku takleh terima aku kwin sebab aku dengan dia dah biasa berdua selama 6taun dr kecik aku kemana aku bawak dia setelah berpisah dengan ex aku sbb ex aku tak bertangjawab.
Blh dikatakan anak aku ni jenis hyperaktif takreti duk diam. Laki aku dh buatkan utube kat tv tuk dia supaya dia takbosan dan beli game yang 400jnis game dlm tu spya dia diam taklasak. Aku jnis takbagi anak aku hp. Anak suami aku semua skrg ni ada hp sbb mak dia bg. Aku taktau apa yang aku perlu buat supaya aku ngan laki aku takgduh sbb anak3 kami yang ada skrg ni. Sampaikan aku dan dia rcg dlu spya takdpt anak sebab aku tak sedia lagi dia plak risau kewamgan. Aku ke klinik amik pil percgan keluarga. Keluarga mertua semua tak sabar aku mngandung. Aku dan suami msg2 suka baby tapi bila ada anak macam ni kami tak berani lagi. tolong la aku. Aku taktau nak hadap macam mna nanti kalau semua ada di rumah ni. mrs.f pening