Salam warga facebook. Saya pertama kali menulis di ruangan ini.. Selalu saya baca isi hati orang. Kali ni..Teringin saya menulis hal saya. Saya ibu anak 4. seorang suri rumah sepenuh masa.. Anak umur 5, 3, 2,dan setahun. Dan ayah depa seorang driver lori yang bergaji dalam rm2000 sahaja. Alhamdulillah. Gaji makan, semua cukup. Tapi bila die menyuarakan ingin berpoligami. Saya tersentap. Dengan gaji sebanyak tu. Dan anak2 masih kecil.
Saya katakan die tidak mampu. Die cuma tunjuk. Tu yang anak 4. mana yang kata tak mampu. Setakat batin bolehlah saya kata.. Dr segi zahir. Die cuma mampu bagi makan dan tempat tinggal. Sepanjang kami berkahwin selama 9 tahun. Sehelai pun die tak pernah belikan untuk kami anak beranak syukur
alhamdulillah. Rezeki kami. Makcik2 sedekahkan baju anak2 yang kecil..
Kereta dan rumah pun mak ayah die sediakan. Bila jadi gitu saya ungkit segala yang pakai duit saya termasuk hantaran perkahwinan dan barang2 emas saya habis di gadai. Bila ungkit. terus tengking2.. Saya pun tak taulah pada perempuan yang suka pada laki orang ni. Die jenis bermulut manis dengan ayat2 power. Saya dulu jatuh cinta pun dengn ayat2 nye. Bile berkahwin, Baru tau jauh beza dari panggang. Die ade dalam group ni. Doakan kami anak beranak kuat tempuhi dugaan. Dari
Anak perantau yg jauh dr family.