Awal perkenalan dengan suami kami hanyalah sekadar kawan biasa tapi ibuku suruh berkahwin atas alasan aku selalu kluar dgn suamiku dan kawan2

Assalammualaikum admin. Maaf min,harap dpt hide profile sya. Saya mahu bkongsi kisah rumahtangga yg sedang sya alami.. Perkenalan dgn suami berusia 12tahun,perkahwinan berusia 9tahun dan anak berusia 8tahun.

Awal perkenalan dengan suami hanya kawan biasa tapi ibuku suruh berkahwin atas alasan aku selalu kluar dgn suamiku dan kawan2 (sewaktu belum bkahwin) dan amanat ayahku sblum meningg4l “Jangan guna duit simpanan arwah ayah selagi sya belum berkahwin”. Duit itu utk memudahkan urusan majlis ku andai tiba masa utk berkahwin.

Atas desakan kewangan ibu mahu aku berkahwin dan akhirnya aku terima setelah pelbagai drama pergaduhan dgn ibu atas mendesak aku spya berkahwin sdgkan aku waktu itu tidak punya teman lelaki..dan suami ku ini yang muda usianya mahu menerima aku.

Tanpa aku mengenali keluarganya aku akur kerana terlalu penat bergaduh dgn ibu. Sampaila waktu utk meminang aku..duit hantaran sepenuhnya dr keluarga ku..dihantar oleh suami skadar penuhkan syarat adat. tapiii suamiii tidak diwakili keluarganya. hanya dia seorang yang datang hantar duit hantaran.

Pelbagai sebenarnyaa drama airmata pada awalnya..Sehingga hati ni berkata aku redha n aku terima takdir hidupku dan suami seorang yg masih belum cukup matang dan keluarga sendiri selalu tidak menyokong keputusan dan tindakannya.

Mahu dijadikan cerita aku dan keluarga suamiku selalu dingin dan hubungan kurang baik dr awal. Aku dan suami dr awal perkahwinan tinggal menyewa sendiri,dan suami ku seorang yang Hyper S3xu4l.

Aku semakin letih melayan kehendaknya namun aku takot menjadi isteri yang dilakn4t malaikat setiap kali menolak kehendak suami. Setiap malam suami berkehendak,aku pernah meluahkan rasa hati dan badan yang penat,apa yang berlaku kami akan bergaduh..

Aku wanita yang berkerja dan mempunyai perniagaan kecil,dan menguruskan sendiri anak ku yang kini berusia 8tahun.
Aku sehingga kini berdoa,semoga Allah temukan suamiku dgn wanita yang sanggup menjadi isteri keduanya utk melayan “KEHENDAK”nya setiap malam.

Suami gemar menonton video luc4h,membeli peralatan s3ks.Pergaulan gurauan banyak berunsurkan S3KS. Dari segi kewangannya,berapa gajinya,berapa overtimenya aku tidak pernah tanya,aku tidak meminta2.

Malah aku sering memikirkan bagaimana mengembangkan duit aku yang berbaki agar smpai sehingga hujung bulan menunggu gaji.

Malam ini,aku sangat keletihan selepas seminggu ini penuh dgn aktiviti keluargaku dan bersambung dgn keluarganya.Sampai di rumah kami,aku keletihan,tapi aku siapkan dlu semua kerja2 rumahku dan barang2 sekolah anakku,

setelah selesai aku baring sebelahnya kerana aku tau dia juga letih,dia sdh terlelap dan berdengkur, dalam aku terlelap disisinya dan anakku dia tbangun dan kejutkan aku utk melayan kehendaknya,

aku menolak,akibat penolakkan aku dia kluar bilik dgn menghempaskan brg menunjukkan perasaan marahnya sehingga anak terjaga dan aku mula bersuara keras dan luahkan aku sdh letih dlm rumahtangga kami dan aku mula mgalah kerana aku tidak sanggup dilaknat malaikat akibat aku tidak melayan kehendak suami ku.

Aku suarakan rasa hati yg aku tidak sanggup melalui kehidupan ku sebagai seorang isteri yang berdosa..Melawan suami,aku mula berani meninggikan suaraku,aku sdh mula tidak ikhlas melayan apa saja kaamta dan kehendak suami ku.

Aku nyatakan hasratku utk berpisah,Suami tidak mahu melepaskan aku. Aku diugut ttg anak. Aku tidak tahu apa yang perlu aku lakukan. Aku sgt letih dlm hubungan ni.Perasaan aku sdh tiada lagi utk suami,

aku lagi bersedia utk hidup sendiri dan tidak memegang tanggungjawab sebagai seorang isteri kerana aku takot aku terus berdosa,adalah lebih baik aku menjadi Single mother asalkan aku tidak gagal menjalankan tanggungjawab selagi aku bergelar seorang isteri.

Klu aku single mom,Aku tau pahala dosa yang aku lakukan atas punca aku sendiri,bukan sebab aku tidak patuh pada kehendak suami..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top