Baru-baru ini, ada seorang wanita menghubungi saya dan memberitahu bahawa kekasih saya itu adalah seorang kaki perempuan

Saya wanita berumur 40an yang agak lama ditinggalkan suami dan mempunyai 4 orang anak. Anak perempuan sulung saya berumur 17 tahun. Saya masih belum bercerai. Saya mempunyai tubuh badan yang ramping dan agak kelihatan muda dan bekerja pejabat di sebuah kilang di satu bandar kecil. Awal Oktober lalu, saya menjalinkankan hubungan cinta dengan seorang lelaki bujang yang berusia 30an. Baru-baru ini, ada seorang wanita menghubungi saya dan memberitahu bahawa kekasih saya itu adalah seorang kaki perempuan yang telah lama menjalin hubungan dengannya selama hampir dua tahun.

Kekasih saya ini tidak bekerja dan tidak dinafikan semasa keluar bersama saya yang menanggung segala perbelanjaan. Saya telah menjalinkan hubungan seperti suami isteri dengannya selama kami bercinta. Wanita itu juga memberitahu saya bahawa hubungan mereka juga seperti suami isteri dan hampir setiap hari mereka bersama-sama kerana menetap di daerah yang sama dan kekasih menyatakan bahawa wanita itu adalah kawannya sahaja. Kekasih saya hanya akan mengunjungi saya setiap hujung minggu atau bila-bila masa yang dirasakan sesuai kerana saya juga tidak mampu untuk berdating selalu harus menjaga anak-anak.

Kami akan melakukan hubungan di rumah saya apabila mendapat kesempatan.. Wanita tersebut seperti tidak puas hati dengan saya kerana telah menganggu hubungan mereka dan kerap mengganggu emosi saya. Dia telah membuka berbagai cerita buruk kepada saya tentang kekasih. Dan kekasih mengakui semuanya dan meminta kami berbaik-baik dan berkawan. Walaupun berbagai cerita buruk tentang kekasih namun saya tetap sayangkannya kerana dia muda dan bijak dan saya gembira bila bersamanya dan dapat memuaskan saya yang telah lama sepi.

Kekasih ingin mengahwini saya, tetapi saya masih belum bercerai dan ingin menuntut fasakh dan proses ini sangatlah panjang. Dan status saya yang masih isteri menghalang kebahagiaan saya. Sekarang, kekasih berada di daerah sana dan saya pasti dia bersama wanita itu. Saya amat cemburu dan tidak tenteram. Tapi saya pasti dia akan datang bertemu saya. Haruskah saya meneruskan hubungan ini? saya amat sukar untuk jatuh cinta dengan lelaki lain.

Memikirkan segala keburukan yang diceritakan membuatkan saya terfikir untuk meninggalkannya kerana saya juga ada anak dara yang cantik. Tetapi hubungan bersama yang berlaku membuatkan saya berfikir berkali-kali untuk tidak meninggalkannya. Dan adakah wanita itu berhak ke atas kekasih saya? Adakah saya seorang perampas?? Dan jika berkahwin dengannya adakah kami akan mendapat anak yang normal kerana saya sudah berusia?.Mohon pandangan bukan kecaman daripada netizen.Terima kasih Min.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top