Saya pernah bagitau pada dia selepas pkp berakhir saya mintak dia keluar dari rumah dan biar saya hidup dengan anak2

Assalammualaikum semua.. Terima kasih pada min yang sudi menyiarkan kisah saya. Saya nak tanya kepada para suami yang ada disini supaya saya dapat membuat keputusan yang terbaik dalam menyelesaikan masalah rumah tangga saya. Saya sudah berkahwin hampir 5 tahun dan ada sepasang anak. Awal kahwin suami layan saya baik walaupun tidaklah romantik mana. Tapi selepas kami ada anak perlahan2 dia berubah seperti lebih senang dengan anak2, apabila saya bertanya dia tak peduli macam cakap dengan dinding dan hanya bercakap bila buat saya curiga, yang saya terkesan sangat dia JIJIK bila kami bersentuhan. Ya jijik..

Masa bersama takde masalah, tetapi hari2 biasa bila tersentuh tangan ke dia tepis macam kena najis sambil marah2. Sampai bila berselisih jalan dalam rumah pun dia elak. Sebagai seorang isteri sy terasa sangat2, apatah lagi sebagai seorang perempuan. Maruah sy ni dia letak dibawah tapak kaki dia je. Nak kata ada perempuan puas saya geledah hp dan fb dia tapi tak jumpa pula. Sy pernah tegur bila jumpa gambar awek2 yang berdada besar dia ambil dari fb. Sy cakap dari dia tengok benda haram baik bela bini biar cantik macam tu.

Awek2 macam tu tak pandang orang yg gaji 1k macam dia. Sepanjang kami kahwin saya tak pernah merasa barang yg dia belikan khas untuk sy even tudung 10 ringgit pun. Apatah lagi barang kemas? Gelang kahwin masih ada dalam pajak dan dia langsung tak peduli. Sy yg bersusah payah kekal kan supaya tak jatuh pada orang lain. Mak dia pula tak dapat terima jika berlaku penceraian. Malah bila ex wife adik beradik yg lain kahwin lagi dia seolah tak dapat terima. Siapalah kita untuk menolak takdir?? Pada sy dari menunggu bekas suami yg takde perubahan, tak berkerja dan takde kehidupan yg boleh menjamin masa depan kenapa harus tunggu?? Baik teruskan hidup dizaman yg makin mencabar ini?

Saya pernah bagitau pada dia selepas pkp berakhir saya mintak dia keluar dari rumah dan biar saya hidup dengan anak2. Jika jodoh kami panjang akan bersatulah semula dan ada jalan penyelesaian terbaik untuk kami berdua. Jika terhenti disini perjalanan kami sy redha sebab dah puas jadi ‘kambing hitam’ dan puas bersabar dengan siksaan mental dari dia.
Maaf kerana menulis panjang lebar dan sy harap semua dapat membantu sy dalam mencari penyelesaian yg terbaik. Terima kasih

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top