Baru2 ini isteri dapat tahu segala lakonan penipuan saya terkantoi setelah dia baca perbulan di handphone saya maka di saat itu berlaku sedikit pertengkaran

Salam. hidekan profil saya admin. Sedikit luahan diri yang memberontak di hati. Saya seorang suami yang mempunyai 4 orang anak lelaki dan mempunyai seorang isteri yang sangat prihatin. Saya sangat meminati sukan memancing yang mana menjadi salah satu hobi tegar dalam hidup saya. Masalah mula timbul di saat hobi saya dihalang oleh isteri dan keluarga mertua kerana saya terlalu kerap memancing boleh dikatakan setiap hujung minggu kerana atas minat dan pengaruh rakan2. Setiap minggu boleh dikatakan sentiasa ada trip pancing yang diaturkan sehingga menyebabkan urusan rumahtangga sy sedikit terganggu.

Saya pernah berjanji dengan isteri untuk berhenti memancing ketika itu dia sedang hamil anak ketiga namun dengan pujuk rayu isteri saya menyuarakan kepada saya supaya tinggalkan terus hobi memancing ini dan fokus kehidupan baru bersama anak2. Saya pon ikut atas permintaannya namun pengaruh sahabat2 saya mula membuatkan saya terpaksa mengkhianati janjinya. Mulai saat itu saya cari jalan secara diam demi menjaga hatinya dan banyak ambil cuti kerja semata-mata hanya nak pergi mancing dan secara jujurnya terpaksa menipu majikan dengan pelbagai alasan demi hajat tercapai untuk turun ke laut.

Kadangkala saya berpura2 memakai pakaian kerja di hadapan isteri dan cakap tumpang kereta kawan sekerja padahal saya berpakat dengan kawan2 demi semata2 untuk turun memancing bersama. Baru2 ini isteri dapat tahu segala lakonan penipuan saya terkantoi setelah dia baca perbulan di handphone saya maka di saat itu berlaku sedikit pertengkaran sehingga keluarga mertua mula masuk campur atas sikap saya. Barang2 alat pancing saya yang nilainya ribuan ringgit semuanya dibakar, dirosakkan dan dibuang oleh isteri. Set pancing Reel daiwa Saltiga dan shimano stella hangus begitu sahaja. Isteri langsung tidak tahu nilai barang2 tersebut. Saya terpaku,terdiam dan terkejut atas tindakannya. Sangat jelas terpampar wajahnya sangat membenci atas hobi saya ini.

Saya memarahinya atas tindakannya sehingga menyebabkan dia merajuk dan terus balik ke rumah ibu bapanya bersama anak2..Sekarang hampir dua minggu saya bersendirian di rumah dan sangat merinduinya.. Buat isteriku abg minta maaf atas kekasaran abg dan penipuan dan pengkhianatan abg terhadap sayang. Balik la kepangkuan abg sesungguhnya abg sgt rindu masakan sayang dan anak2. Abg janji abg takkan memancing lagi dgn kawan2.. abg akan tukar hobi plak iaitu hobi kumpul setem ye. Terima Kasih admin sedikit luahan saya yang tak seberapa ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top